Isnin, 23 September 2019

[418] Cabaran Generasi dan Ekonomi Gig Dalam Mehnah Merdeka

Sebahagian isi ucapan Ketua Mentor ARPRM G2, Mizam Rahim semasa Majlis Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan ke 62 Peringkat SMK LKTP Pemanis pada Ahad, 22 September 2019.

GENERASI Z
Dalam struktur sosial, anda semua di hadapan ini tergolong dalam Generasi Z – generasi yang lahir antara tahun 1995 hinga 2010. Generasi yang lahir dan hidup dalam zaman rangkaian teknologi. Saya, sebahagian besar guru – guru di sini, juga mak ayah anda semua adalah mereka yang terkategori dalam Generasi X, lahir antara tahun 1960 hingga 1979. Ada juga ibu bapa anda semua yang lahir antara tahun 1980 ke atas tergolong dalam Generasi Y. Tentunya pula datuk dan nenek anda adalah Generasi Baby Boomers, yang lahir antara tahun 1940 – 1959. 

Setiap generasi mempunyai ciri, watak, cara berfikir dan bertindak yang berbeza. Ia dipengaruhi oleh keadaan hidup pada masa itu, termasuk tekanan, keperluan, kehendak dan kemudahan yang ada.
Perkara ini berlaku dengan jelas kerana kelompok pertama Generasi Z, lahir 1995, kini berusia 24 tahun, merupakan tahun pertama bergrduat dari Ijazah dan ada yang sudah 3, 4 tahun lepasan tahap Sijil dan Diploma. Pergi buat kajian dan lihatlah apa yang mereka lakukan untuk survival hidup. Mereka lakukan apa sahaja untuk menyara diri, kebanyakanya tanpa berpegang kepada kerbertanggungjawaban yang tinggi dan tidak terikat untuk jangka panjang, bebas untuk melepaskan jawatan pada bila – bila masa. Semua itu, asalkan mereka mendapat duit dan kek ekonomi untuk kelangsungan hidup.
Anda di hadapan saya lahir antara tahun 2002 – 2006, adalah kelompok Generasi Z lapis kedua. Saya menceritakan ini kerana ia akan berkaitan dengan masa hadapan anda semua.

EKONOMI GIG
Dalam istilah ekonomi baharu, semua yang dilakukan oleh Generasi Z untuk survival hidup dinamakan sebagai Ekonomi Gig, atau lebih kurang difahami sebagai frelancer. Ekonomi Gig yang akan anda semua di hadapan saya tempuhi, dibina berasaskan dua perkarra : kemahiran dan peluang yang ada.

Ekonomi gig mula mendapat perhatian kerana evolusi era teknologi hari ini. Tambahan lagi kemunculan syarikat start-up yang berasaskan ekonomi bersama (sharing economy) seperti Grab dan yang terkini apabila Menteri Belia dan Sukan dan Kabinet iaitu Kerajaan Malaysia bersetuju untuk membawa Gojek, perkhidmatan teksi menggunakan motorsikal, telah membuka peluang kepada orang ramai untuk memperoleh pendapatan sampingan.
Jadi, apa yang menyebabkan anak muda hari ini lebih gemar dengan konsep ekonomi gig? Golongan muda terutamanya sangat tertarik dengan ekonomi gig kerana mereka tidak terikat dengan peraturan yang ketat, mempunyai kebebasan menyusun masa mereka sendiri serta berpeluang menjana pendapatan melebihi gaji mereka sekiranya mereka bekerja.
Dan itulah Generasi Z, generasi anda semua.

MEHNAH MERDEKA
Mehnah atau cabaran ini, harus anda tangani dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan sifat anda yang suka kebebasan, tidak suka bergantung kepada sesuatu untuk jangka panjang dan pendedahan teknologi yang tidak terbatas itu membuatkan anda lupa bahawa anda ada negara dan tanah air yang perlu dijaga.

Malah, rakyat Britain pun mengundi untuk keluar dari Kesatuan Eropah kerana bimbang ia memberi tekanan dan ancaman kepada negara mereka. Gerakan ini dnamakan sebagai Brexit. Di belakang Kesatuan Eropah adalah kuasa imperialis Anglo-Amerika. Amerika menyokong kuat kewujudan EU.
Menariknya, rakyat mereka mengundi keluar Kesatuan Eropah atas banyak faktor, salah satunya yang saya hendak anda semua tahu dan fahami adalah rakyat UK protes terhadap golongan birokrat dan ahli politik UK yg seolah – olah menyokong Eropah dan meninggalkan budaya, tradisi dan sejarah UK. Imbas kembali Sejarah yang anda pelajari di sekolah bahawa UK sebagai negara kolonial terbesar dunia suatu masa dulu.
Lihat bagaimana semangat yang mereka ada untuk mempertahankan negara mereka. Walaupun ia mungkin baik atau buruk untuk UK dan ada faktor – faktor lain, tetapi pelajarilah dari tindakan mereka bagaimana mereka berjuang untuk negara mereka hari ini.

REFLEKSI
Saya tingalkan persoalan ini untuk anda semua fikirkan kerana masa yang anda lalui akan memberikan anda jawapan. Untuk mendapatkan jawapan terbaik dan tindakan terbaik, tidak cukup untuk anda hanya berada pada aras ini. Pergilah keluar untuk meningkatkan harga diri dan belajar sekurang – kurangnya satu aras lebih baik dari hanya sekadar lepasan sekolah menengahh.

Saya tahu isi semua ini amat memeningkan kepala. Tetapi kita perlu berubah. Domestik atau global memaksa kita berubah. Anda generasi yang akan melalui #Undi18 apabila Pilihanraya Umum diadakan kelak. Anda generasi yang belajar dalam sistem kurikulum KSSM yang lebih kompleks berbanding mak ayah dan abang kakak lain. Anda generasi yang melalui perubahan politik dan suasana negara yang berlainan. Maka, anda perlu untuk dimasak dengan awal semasa zaman persekolahan, kalau boleh duduk di dalam periuk tekanan. Anda harus belajar untuk berdikari : Membuat latihan tanpa guru sepenuhnya membimbing tetapi dapat jadi sempurna dan terbaik, contohnya.
Jika tidak sekarang, bila lagi? Kerana sejurus anda tamat Tingkatan 5 dan sekolah ini menghalau anda, tidak boleh menerima lagi sebagai pelajar, anda akan melangkah keluar pintu pagar itu sebagai orang dewasa. Yang selang beberapa bulan selepas itu anda boleh mengundi untuk menentukan hala tuju negara kerana cukup umur 18.
Selamat menghayati erti kemerdekaan hakiki. Ini negara kita. Ini kita punya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...