Rabu, 2 Oktober 2019

[420] Kursus Pengurusan Organisasi Tahap 1 Daerah Segamat

SELAI - Seramai 11 orang dari G2 merupakan sebahagian dari 43 orang belia daerah Segamat yang mengikuti Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Tahap 1 Daerah Segamat baru - baru ini.
Kursus 3 hari itu telah diadakan pada 27 - 29 September 2019 bertempat di Taman Negara Johor, Endau - Rompin (Selai) berdekatan Bekok, Segamat. Perjalanan memasuki beberapa perkampungan Orang Asli dan hutan hujan tropika itu memakan masa hampir dua jam setengah dari bandar Segamat menggunakan trak Angkatan Pertahanan Awam dan kenderaan pacuan 4 roda.
KPO merupakan salah satu program Kementerian Belia dan Sukan Malaysia yang diadakan di semua daerah seluruh negara. Ia dianjurkan oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat. Program ini juga mendapat kerjasama dari pelbagai agensi Kerajaan termasuk Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Perbadanan Taman Negara Johor.




















































Para peserta terdiri dari belia - belia di dalam Persatuan Belia, Mahasiswa Universiti Teknologi MARA Kampus Segamat dan pelajar Kolej Komuniti Segamat 2, Batu Anam dan pemimpin - pemimpin belia dan pelajar.
Sepanjang 3 hari, para peserta telah mengikuti beberapa modul seperti Kepimpinan, Pemimpin dan Pengikut, Visi dan Komunikasi, Cabaran Pasukan, Dokumentasi dan Penulisan (Fail, Rekod, Surat, Minit Mesyuarat, Kertas Kerja dan Laporan), Simulasi Mesyuarat dan Pengurusan Kewangan. Ia telah disampaikan oleh penceramah jemputan. Manakala barisan fasilitator dan urusetia pula adalah dari Majlis Belia Daerah Segamat.










































Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Hamizah Abu Bakar, Penolong Pegawai Daerah (ADO) Segamat selaku wakil rasmi Tuan Pegawai Daerah Segamat.
G2 mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang telah berjaya mengikuti kursus ini. Terima kasih juga kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang memberi peluang menerusi kursus ini.





































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...