Ahad, 3 Mei 2020

[455] Lentera Kasih 8.0 - Hari 1 : Felda Pemanis dan Kampung Sekijang


LENTERA KASIH 8.0 - Ramadan 1414
Misi Kemanusian : Jaringan Perlindungan Sosial 

Hari ini, Jumaat 1 Ramadan 1414 bersamaan 24 April 2020, Lentera Kasih kali ke 8 memulakan misi akar umbi. Dalam senarai kami, ada beratus permintaan. Sedaya upaya, kami cuba tunaikan.








Dari derma orang awam yang menghulur sedekah menerusi akaun Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, kami serahkan manfaatnya untuk 10 orang penerima hari ini di Felda Pemanis dan Kg Sekijang. Beberapa kampung, Felda dan Taman Perumahan lain dalam Daerah Segamat juga dalam senarai yang bakal kami singgah.

Kumpulan hari ini dibahagikan kepada dua. Lima orang sukarelawan berkhidmat iaitu Azri Suratin, Mohd Irfan, Suria Sipon, Zarah Sipon dan Armizam Abd Rahim

Lentera Kasih telah diadakan sebanyak 7 siri dan Ramadan ini adalah siri ke 8.

Kami masih perlukan sumbangan dermawan untuk kita bantu lebih ramai keluarga dalam Daerah Segamat. Marilah sama - sama kita hulurkan sedekah dan sumbangan kita untuk manfaat komuniti dan umat. Moga Allah rahmati semua penderma. 

551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank
Barangan atau tunai

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...