Rabu, 3 Jun 2020

[493] Face Mask Untuk Sekolah : SMK Pemanis dan SMK Palong Timur

Isnin dan Selasa, 1 dan 2 Jun 2020 : Persatuan Belia G2 Felda Pemanis memulakan projek agihan dari sumbangan syarikat swasta dan individu penderma barangan pelitup muka (face mask) kepada sekolah - sekolah khususnya sekolah menengah dalam Daerah Segamat sebagai persediaan pembukaan sektor pendidikan (sekolah) dalam suasana penjarakan sosial norma baharu.



Ia dimulakan pada 1 Jun dengan SMK LKTP Pemanis dan 2 Jun SMK Palong Timur. Terima kasih Pengetua SMK LKTP Pemanis, Puan Hajah Noor Azura Jafferi dan Pengetua SMK Palong Timur, Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali yang menerima kehadiran kami.
Semoga dapat dimanfaatkan untuk adik - adik pelajar yang bakal kembali ke sekolah.

SMK LKTP Pemanis



SMK Palong Timur






Jika ada yang sudi bersama untuk menyumbang, boleh hubungi Asraf (+601136698244) atau melalui :
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank: 551052312191
HP : 0137686021

Diterima barangan face mask, sanitizer atau wang tunai untuk pembelian. Semoga sumbangan Tuan Puan dirahmati Allah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...