Selasa, 4 Ogos 2020

[512] TAG4Future - Sesi Perbincangan Bersama SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur

Selasa, 28 Julai 2020 : Sesi perbincangan pelaksanaan program bersama Pengetua SMK LKTP Pemanis (Puan Hajah Azura) dan GPK 1 (Puan Hajah Afizah).

Mohd Faiz Ahmad selaku Ketua Projek telah memperhalusi beberapa perkara bersama 2 orang pentadbir sekolah ini. Beberapa pandangan penambahbaikkan pelaksanaan program telah diambil kira.



Secara dasarnya, semuanya akan bermula pertengahan bulan hadapan untuk selama 3 bulan.

Sesi perbincangan bersemuka selepas ini adalah bersama Pengetua SMK Palong Timur pula.


Khamis, 30 Julai 2020  : Sesi Perbincangan memperhalusi perlaksanaan Projek Sukarelawan Pendidikan TAG 4 Future yang akan diadakan di SMK Palong Timur.

Program dalam kluster pendidikan ini memfokus persediaan menghadapi SPM selama 3 bulan untuk pelajar dari kalangan keluarga B40.

Ia dijangkan bermula bulan Ogos ini melibatkan 60 pelajar tahun peperiksaan tersebut untuk 3 matapelajaran.



Projek ini dibiayai oleh #danaimpactyouth oleh #ImpactMalaysia yang dilaksanakan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Selain SMK Palong Timur, projek juga dilaksanakan di SMK LKTP Pemanis.

#BungaBangsa
#TAG4Future
#SecuringYouthEducation

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...