Isnin, 31 Ogos 2020

[535] Pengurusan Dokumen Pelajar Sarjana Muda ke Universiti - Part 3

Sabtu, 29 Ogos 2020 - Hari ke 2 #G2Outrech untuk membantu bakal mahasiswa terutamanya untuk Sarjana Muda ke Universiti Awam. Sesi outreach hari ini diadakan di warung Azri. Semua proses semakan, pengesahan dan saksi diselesaikan.




Terlebih dahulu pada sebelah petang, #TeamG2 yang diwakili oleh Irfan dan Adim telah bertemu dengan YB Dr Chong Fat Full untuk mendapatkan tandatangan di atas semua borang Skim Bantuan Pendaftaran, Yayasan Pelajaran Johor. Terima kasih YB.

Kesemua dokumen itu meliputi 3 komponen utama : Dokumen Pendaftaran Universiti, Dokumen Skim Bantuan Pendaftaran dan Dokumen Pembiayaan Pengajian, telah disemak dengan teliti dan disahkan pada sebelah malam.














G2 mengucapkan terima kasih juga kepada Encik Firdaus yang telah mengesahkan salinan kepada beribu - ribu dokumen dan menjadi saksi kepada puluhan kes anak - anak Pemanis yang sedang membuat persiapan menyambung pengajian.

G2 juga menjangkakan beberapa urusan lanjutan, terutama berkaitan bantuan pendaftaran dan pembiayaan pengajian, akan berterusan diuruskan bergantung kepada agensi yang akan membuka penawaran.
Tahniah kepada semua. 

#BungaBangsa
#RoadToDegree

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...