Ahad, 1 November 2020

[597] #TAG4Future - Projek Sukarelawan Pendidikan - Perbincangan Elemen Guide 1

SEGAMAT, 29 Oktober - Pagi ini berlangsung sesi penerangan dan diskusi mengenai pelaksaan modul Resume and Mock Interview yang akan dilaksanakan menerusi projek #TAG4Future.

Sesi akan dikendalikan oleh Encik Firdaus yang bertanggungjawab untuk Sistem Insurans Pekerjaan dan Ketua Zon Johor yang  mempunyai pengalaman dalam urusan program kerjaya. Ia akan dibantu oleh Encik Akmal, yang merupakan Pegawai Koordinasi Kebolehpekerjaan. Kedua - dua mereka berkhidmat di PERKESO, Kementerian Sumber Manusia.















Sesi ini juga akan dibantu oleh Fasilitator #TeamG2. Ia meliputi teori dan praktikal yang menjurus kepada persediaan untuk berdepan dengan temuduga sama ada akademik atau kerjaya.

Faiz dan Azhari bagi pihak pengurusan #TAG4Future diberikan taklimat pengisian program dan bagaimana ia akan dijalankan.

#SecuringYouthEducation
#BungaBangsa

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...