Khamis, 19 November 2020

[604] Cerita Covid Kita - Musim ke 2 : Hari 2 - Pekan Jabi

PEKAN JABI, 28 November - Hari kedua Cerita Covid Kita : Musim Ke - 2 - Edaran Face Mask dan Hand Sanitizer untuk komuniti Segamat dilaksanakan di Pasar Lambak Pekan Jabi, Segamat.

#TeamG2 hari ini bersama Ahli Majlis Perbandaran Segamat (MPS), Puan Hajah Rahana Mohamad. Beliau telah sudi untuk bersama menyantuni pengujung dan peniaga yang ada sambil mengedarkan face mask dan hand sanitizer yang telah siap dipek. Iman Nurhaqim dan Kadim Abdul Kahar telah meniringi Puan Hajah Rahana.





































Manakala satu lagi kumpulan iaitu Mohd Faiz dan Mustakim bersama Penguatkuasa MPS dan anggota RELA berada di pintu masuk 'check in' MySejahtera untuk edaran yang sama.
Cuaca yang elok hari ini menyaksikan ramai peniaga membuka gerai dan ratusan pengujung datang. Agihan ini selesai dalam masa setengah jam sahaja.

#TeamG2 mengucapkan terima kasih kepada Puan Hajah Rahana, Pasukan Penguatkuasa MPS dan Anggota RELA. Tahniah juga kepada Sukarelawan G2 yang berkhidmat hari ini.
Paling utama, terima kasih semua penyumbang yang memungkinkan projek ini berjalan. 
Jumpa kami esok di Pasar Lambak Tanan Yayasan pula untuk hari ke 3.

Kesemua projek, termasuk yang ini adalah hasil pungutan dana awam (crowdfunding), sedekah dan sumbangan orang ramai menerusi akaun G2.

Sumbangan tunai atau barangan :
551052312191
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Maybank - hantar bukti pada sekretariat

Atau hubungi :
Zam : 0137686021
Irfan : 0177464146
Akim : 0149265317

#HidupUntukMemberi kerana #KitaHamba
#CeritaCovidKita
#SegamatSelamat
#IniSegamatKita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...