Selasa, 16 November 2021

[926] Bengkel Suntingan Grafik

BANDAR PUTRA, 14 November - Seramai 4 orang dari #TeamG2 telah mengikuti Program Jom Kreatif - Siri 1 : Bengkel Suntingan Grafik yang diadakan di Kolej Komuniti Segamat, Bandar Putra.


Bengkel sehari itu adalah anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN (JPKD) Kemelah dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat.

Mereka adalah sebahagian dari 16 orang keseluruhan yang menyertai bengkel.



Peserta telah didedahkan dengan kemahiran asas suntingan grafik sebagai salah satu elemen komunikasi dalam media sosial.

Datuk Dr Haji Baharum Mohamed telah merasmikan bengkel seterusnya menyampaikan sijil penyertaan. Turut bersama adalah Tuan Zahid Daim, Pengarah Kolej Komuniti Segamat dan barisan pegawainya.
























Tahniah kepada semua peserta yang telah menyempurnakan bengkel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...