Selasa, 16 November 2021

[927] Bengkel Suntingan Video

BANDAR PUTRA, 15 November - Dua orang dari #TeamG2 telah mengikuti Program Jom Kreatif - Siri 2 : Bengkel Suntingan Video yang diadakan di Kolej Komuniti Segamat, Bandar Putra.


Bengkel sehari itu adalah anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Khas DUN (JPKD) Kemelah dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat.
Mereka adalah sebahagian dari 15 orang keseluruhan yang menyertai bengkel.

Peserta telah didedahkan dengan kemahiran asas suntingan video sebagai salah satu elemen komunikasi dalam media sosial. Aplikasi Fillmora telah digunakan sebagai bahan pembelajaran. Tuan Haji Anuar Abdul Manap telah menyampaikan sijil penyertaan kepada semua peserta.









































Tahniah kepada semua peserta yang telah menyempurnakan bengkel.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...