Jumaat, 24 Mac 2023

[1,223] #HidupLepasSPM - Sesi 6 : Pengisian Borang UPU dan IPG

Sesi 6 - Pengisian Borang UPU dan IPG - Menggapai Pendidikan Ketiga - #HidupLepasSPM #Batch05

SEGAMAT, 20 Mac 2023 - #TeamG2 sekali lagi hari ini meneruskan program pembinaan generasi masa hadapan dengan Menggapai Pendidikan Ketiga - Lepasan SPM 2022.

Program tahunan pelbagai peringkat ini memfokus kepada pengisian dan semakan borang permohonan untuk menyambung pengajian. 

Remaja ini mengisi borang - borang dalam talian untuk ke Matrikulasi, UPU dan IPG yang merangkumi Asasi, Diploma, Sijil dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan sama ada aliran akademik mahupun kemahiran di institusi pengajian yang ditanggung Kerajaan Malaysia.

Sebelum itu, sesi penerangan telah diadakan. Setiap remaja yang terlibat kemudian akan mengira markah merit mereka bagi disesuaikan dengan susunan permohonan yang bakal dibuat.

Selamat maju jaya kepada semua anak - anak yang telah menyempurnakan permohonan. Bagi yang belum menyempurnakan, masih ada masa lagi dan boleh berhubung dengan sekretariat #TeamG2.

#InsklusivitiPendidikan #BungaBangsa 

#20TahunSukarelawanPendidikan #UPU #SPM2022













Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...