Khamis, 23 Mac 2023

[1,222] Bengkel Pembinaan Sahsiah Murid Tahap 1 - SK Bukit Hampar

BENGKEL PEMBINAAN SAHSIAH MURID TAHAP 1 SK BUKIT HAMPAR

SEGAMAT, 20 Mac - Sesi persekolahan 2023 / 2024 dibuka dengan #TeamG2 melaksanakan Bengkel Pembinaan Sahsiah Murid Tahap 1 di SK Bukit Hampar, Segamat.

Ia melibatkan seramai 87 orang murid Tahun 2 dan 3.

Seramai 13 orang fasilitator telah berkhidmat untuk program yang mengandungi 3 modul tersebut. Fasilitator adalah gabungan aktivis sukarelawan pendidikan #TeamG2 yang merupakan graduan, pelajar Sarjana, pelajar Sarjana Muda dan lepasan SPM.

Program bagi membina momentum dan karektor positif di kalangan murid untuk mereka bersedia dengan semangat dalam sesi persekolahan kali ini.


Terima kasih Cikgu Samsul Kamar (Guru Besar), Cikgu Siti Yusnira (GPK HEM), Cikgu Norain (Guru Bimbingan dan Kaunseling) dan guru - guru di atas kepercayaan ini. Tahniah buat murid - murid yang telah menyertai.

Juga terima kasih kepada semua sukarelawan yang telah menyumbang bakti.

#TeamG2 #BungaBangsa #20TahunSukarelawanPendidikan #TerbangTinggi #TerbangTanpaBatas





















































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...