Ahad, 9 April 2023

[1,225] Majlis Berbuka Puasa Bersama YAB Perdana Menteri

MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA MENTERI BERSAMA MAHASISWA, BELIA DAN KOMUNITI SUKAN

PUTRAJAYA, 5 April - Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama mahasiswa, belia dan komuniti sukan bertempat di kediaman rasmi beliau, Kompleks Seri Perdana.

Beliau yang lebih dikenali sebagai PMX  terdahulu telah beramah mesra dengan kumpulan anak muda yang hadir.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) merupakan di antara yang dijemput oleh YAB Perdana Menteri. Seramai 9 orang telah menghadiri majlis tersebut. 

Majlis telah diselaraskan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Terima kasih PMX di atas jemputan dan kesudian menerima #TeamG2 sebagai tetamu di bulan mulia ini.

#PMX #RamadanKareem



































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...