Ahad, 16 April 2023

[1,229] Program Ziarah Kasih Ramadan 2023 : Bersama Orang Asli Islam

ZIARAH KASIH RAMADAN 2023 : BERSAMA MASYARAKAT ORANG ASLI ISLAM DAERAH SEGAMAT

LABIS, 14 April - Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC - Daerah Segamat) telah mengadakan Program Ziarah Kasih : Bersama Masyarakat Orang Asli Islam Daerah Segamat.

Program sebelah petang ini selepas selesai penyediaan bubur lambuk diadakan di 5 kampung : Sri Tembayan, Kudung, Tamok, Kemidak dan Selai.

Program mendapat kerjasama Southern Volunteer Daerah Segamat, Malaysian Relief Agency (MRA - Negeri Johor), Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS - Chaah).


Sedikit paket sumbangan hari raya dan keperluan lain telah diberikan kepada keluarga Islam kampung - kampung berkenaan. Edaran bubur lambuk juga diadakan.

Seramai 15 orang sukarelawan #TeamG2 telah terlibat bersama kumpulan sukarelawan lain. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada semua.

#ZiarahKasih #BuburLambuk #RamadanKareem










































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...