Khamis, 6 Julai 2023

[1,276] Part 1 : Matrikulasi 2023 - Pengurusan Dokumen

PART 1 : MATRIKULASI 2023 - PENGURUSAN DOKUMEN DAN PENDAFTARAN DALAM TALIAN PELAJAR MATRIKULASI SESI 2023 / 2024


Sepanjang seminggu berlalu, #TeamG2 melaksanakan secara intensif proses pengurusan dokumen dan pendaftaran dalam talian untuk para pelajar baharu Kolej Matrikulasi, Kementerian Pendidikan Malaysia. Untuk rekod, seramai 8 orang anak - anak Felda Pemanis, terdiri dari 5 lelaki dan 3 perempuan dari Kohort #SPM2022 telah diuruskan proses tersebut oleh #TeamG2. Kesemua mereka bakal mengikuti jurusan Sains.

Keseluruhan proses ini telah berjaya dilaksanakan malah mereka telah menjadi sumber rujukan pula kepada bakal - bakal pelajar lain dari luar Felda Pemanis untuk menyelesaikan beberapa masalah berkaitan.

#TeamG2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua yang membantu dalam proses pengurusan dokumen dan pendaftaran dalam talian ini. Ini termasuklah Encik Azizi Abd Rahim dan Encik Mizam Rahim yang menjelaskan dan mengatur semua prosedur pengurusan.

Terima kasih juga kepada semua senior dalam #TeamG2 yang membiayai kos urusan cetakan dokumen dan lain - lain perbelanjaan pengurusan. Mereka juga berkongsi pengalaman, tips dan panduan selaku alumni Kolej Matrikulasi KPM kepada junior bagi memastikan aliran bimbingan akademik terus bertemali.

Tahniah buat anak - anak Felda Pemanis yang bakal mengharungi satu lagi perjalanan hidup perjuangan jangka panjang untuk mencapai Ijazah Sarjana Muda menerusi Program Matrikulasi, sebagaimana berikut :

1. Dayana Shahrizah Zohari, KMM (PST Sains)
2. Mohd Izham Abdul Aziz, KMJ PST Sains
3. Abdul Razak Abdul Rahim, KMJ (PST Sains)
4. Amirul Aiman, KMJ (PST Sains)
5. Amirrudin Ardani, KMJ (PDT Sains)
6. Fatin Firzanah Esa, KMJ (PDT Sains)
7. Hairizan Kamaruzzaman, KMJ (PDT Sains)
8. Nurazmaleayana Hazlan, KMJ (PDT Sains)

Tahniah, selamat memulakan belajar dan semoga menjadi insan yang holistik seterusnya menyumbang kembali kepada pembangunan komuniti.

#BungaBangsa













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...