Ahad, 23 Julai 2023

[1,285] Penyampaian Penghargaan Sukarelawan / Jurulatih Pembangunan Sukan

PENYAMPAIAN PENGHARGAAN SUKARELAWAN / JURULATIH PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN PEMASA

FELDA PEMANIS, 16 Julai - Seramai 14 orang sukarelawan #TeamG2 telah terlibat selama hampir dua bulan menerusi Program Pembangunan Sukan SK LKTP Pemanis 1. Ia sebahagian dari pelan tindakan untuk menghadapi Kejohanan MSSD Segamat - Sukan dan Permainan. 

Justeru, Penyampaian Sijil dan Penghargaan telah diadakan menerusi perhimpunan sekolah pada Ahad lepas. Ia disampaikan oleh GPK 1, Cikgu Othman. Manakala bagi yang tidak berkesempatan hadir pagi tersebut, ia telah disampaikan pada sebelah malamnya pula oleh Encik Azri Suratin, YDP PIBG PEMASA.

Kesemua sukarelawan dan jurulatih ini terlibat di dalam acara bola baling, bola tampar, bola sepak dan bola jaring. Sebagai hasilnya, pasukan MSSD PEMASA telah berjaya membawa pulang 4 pingat menerusi acara bola baling, bola tampar dan bola sepak.

Terima kasih SK LKTP Pemanis 1, PIBG dan ibu bapa penjaga yang memberikan kepercayaan seterusnya menjalankan kerjasama. Terima kasih semua sukarelawan dan jurulatih. Tahniah semua adik - adik dan anak - anak yang menyertai MSSD.

#BungaBangsa



















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...