Jumaat, 7 Disember 2012

[58] Diari Aktiviti Bulan November 2012

# Sila klik link yang dilampirkan untuk lebih maklumat dan gambar.


1. 1 November 2012 - G2 memperkenalkan jersi terbarunya. Jersi ini diperkenalkan kepada awam menerusi media online oleh Mohd Idham Jalak dan Mohd Nur Ashraff Husin. Boleh lihat di sini.



2. 2 November 2012 - Adik - adik pengawas SMK Pemanis mengadakan Jamuan Akhir Tahun dan Petukaran Jawatan



3. 3 November 2012 - Berpeluang untuk mengikuti Latihan MySkills 1Malaysia : Belajar Adobe Photshop anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia pada Sabtu, 3 November 2012 bertempat di Kolej Komuniti YPJ, Taman Yayasan, Segamat. Telah dihadiri oleh Muhammad Salleh, Mohd Idham Jalak dan Ayap Sein.

4. 4 November 2012 - Mengadakan persembahan kuda kepang jam 8.30 malam ini meraikan Majlis Walimatulurus anak kepada  Encik Meon, 116, Blok 5, Jalan Satria, Felda Pemanis Dua.




6. 9 November - Anugerah Kecemerlangan SMK Pemanis. Syabas dan Tahniah kepada adik - adik yang merangkul anugerah!

7. 10 November Perlawanan persahabatan bola tampar antara Felda Pemanis dan Buloh Kasap. Mengisi ruang hujung minggu ini. Perlawanan berlansung sebanyak 4 set di Gelanggang Bola Tampar Felda Pemanis Dua. # Keputusan Pemanis vs Buloh Kasap : 18 - 25, 25 - 19, 25 - 20 dan 28 - 25. Menang 3 set, dengan sokongan juga dari yang lain.


8. 11 November 2012 - Menyertai Futsal Remaja Johor di Segamat. Kalah di suku akhir. # Keputusan penuh : Peringkat Kumpulan - FCG2 vs Putra FC (1 - 2), FCG2 vs BJFC ( 0 - 2), FCG2 vs Star Junior (2 - 0). Suku Akhir - FCG2 vs Legend (Buloh Kasap) 1 - 3.

9. 17 November - Program Bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah turun ke Segamat. Pegawai - pegawai ROY telah memberikan penerangan, info - info terbaru dan beberapa situasi terkini mengenai status dan pergerakan persatuan belia. Program telah diadakan di Majlis Daerah Segamat dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Encik Radin Ismail.



10. 18 November - Dua pasukan futsal FCG2 menyertai  Futsal Sinergi Cup Bawah 16 Tahun bermula jam 8 pagi di Futsal Triangle, Taman Yayasan.

11. 18 - 21 November - Pasukan Inovasi Sains menyertai Ekspo Inovasi Teknologi Desa (Tech Rural) Kebangsaan 2012 yang berlansung di Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat. Hari terakhir yang juga merupakan Hari Penyampaian Anugerah. # Syukur Alhamdulillah, kedua - dua projek penyelidikan telah berjaya menggondol emas. Syabas dan tahniah kepada semua yang bersama dalam team inovasi sains ini.









13. 23 - 24 November - Mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup Bawah 14 dan 16 Felda Pemanis. Mengisi masa senggang cuti sekolah. Adik - adik G2 ini menganjurkan dan menguruskan sendiri pertandingan badminton di kalangan mereka. 13 bergu mengesahkan penyertaan. Mereka mengatur program, mengadakan mesyuarat dan taklimat dan perjalanan pertandingan. Dan, yang amat membanggakan, dengan sokongan Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru, mereka menjadi pelopor ulung dan pertama yang menggunakan Sistem Pendaftaran Penyertaan Program Secara Online, tanpa menggunakan atau mengedarkan borang kertas penyertaan. Ia terbukti sistem dan kaedah yang boleh diterima dan berjaya!



14. 24 November - Mesyuarat Exco membincangkan mengenai Program Jom Centre Rakan Muda Segamat 2012 dan Persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke - 4. Jom Centre Rakan Muda dilaksanakan di Dataran Segamat pada 30 No - 2 Dis 2012. 

# Lain - lain program yang diteruskan adalah seperti biasa :-
  • Latihan Badminton
  • Latihan Futsal
  • Latihan Bola Sepak
  • Latihan Bola Tampar

# Semoga bulan Disember, bulan terakhir tahun 2012 lebih menyinar, sebelum tirai 2012 ditutup. :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...