Isnin, 31 Disember 2012

[63] - Imbasan 2012 dan 10 Program Paling Bernilai 2012

The miles just keep rollin'
As the people leave their way to say hello
I've heard this life is overrated
But I hope that it gets better as we go


Mengimbas, dalam 3 minit 57 saat, sepintas pengalaman di dalam G2 sepanjang 2012. Terima kasih kepada semua yang menjadikan 2012 penuh warna warni.



Dan ini pula adalah keputusan bagi undian 10 Program G2 Paling Bernilai 2012. Undian dilakukan di Facebook Belia Felda Pemanis. Sebanyak 20 program telah dicalonkan untuk dipilih oleh semua. 



# 1 : Projek Inovasi dan Penyelidikan Sains - Kerjasama SMK Pemanis dan Belia G2


Inilah Program Paling Bernilai 2012. Program ini juga memenangi anugerah di Anugerah Kecemerlangan SMP, selain sebelumnya memenangi banyak anugerah sama ada pada peringkat Negeri mahupun Kebangsaan. Selangkah sahaja lagi, program ini nyaris - nyaris membawa anak Felda Pemanis ke Arizona, US untuk Intel Isef. Senarai kejayaan program ini adalah seperti dipaparkan berikut :

DEFCell : Discovery of Electricity Through Natural Polymer Electrolyte Membrane (PEM)
DEFFCell : Penghasilan Arus Elektrik Menerusi Membran Polimer Elektrolit Semulajadi
(Sains Kimia)
  • Naib Johan, From Waste to Green, Universiti Teknologi Malaysia, 2012.Anugerah Perak, Festival Sains Negeri Johor, Unit Sains dan ICT Kerajaan Johor, 2012
  • Anugerah Perak, Pameran Rekacipta, Penyelidikan & Inovasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, 2012
  • Anugerah Emas, Invention, Innovation & Design (IID Johor), Universiti Teknologi MARA Kampus Johor, Segamat, 2012 
  • Finalis Akhir Peringkat Kebangsaan, Intel ISEF Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kuala Lumpur, 2012
  • Anugerah Perak, Academic & Research Exhibition (ACADREX), Universiti Teknologi Petronas, 2012
  • Anugerah Emas, Ekspo Inovasi Teknologi Desa (TecRural) Peringkat Kebangsaan, Universiti Tun Hussein Onn, 2012
  • Anugerah Pasukan Ko Kurikulum Terbaik, Anugerah Kecemerlangan SMK LKTP Pemanis, 2012
d’Holland as Natural Pesticides : Production of Extracts from Soursop Leaves (Annona muricata) to Reduce the Population of Termites
d’Holland Sebagai Pestisid Semulajadi : Potensi Ekstrak Daun Durian Belanda (Annona muricata) Untuk Mengurangkan Populasi Anai - Anai
(Sains Biologi)
  • Anugerah Emas, Invention, Innovation & Design (IID Johor), Universiti Teknologi MARA Kampus Johor, Segamat, 2012
  • Anugerah Perak, Academic &  Research Exhibition (ACADREX), Universiti Teknologi Petronas, 2012
  • Anugerah Emas, Ekspo Inovasi Teknologi Desa (TecRural) Peringkat Kebangsaan, Universiti Tun Hussein Onn, 2012

Teknik Pembelauan Cahaya Untuk Penghasilan Tenaga Baru Dari Sumber Teknologi Hijau
(Sains Fizik)
  • Johan, From Waste to Green, Universiti Teknologi Malaysia, 2012.
  • Anugerah Emas, Festival Sains Negeri Johor, Unit Sains dan ICT Kerajaan Johor, 2012
  • Anugerah Gangsa, Pameran Rekacipta, Penyelidikan &  Inovasi Kebangsaan, Universiti Putra Malaysia, 2012





# 2 : Summer Camp 5
Diadakan pada bulan April. Merupakan acara tahunan G2. Summer Camp ke 5 melibatkan lebih 110 orang peserta dan urusetia, bertempat di Berhulu Camp, Hutan Lipur Serting Ulu, Jempol, Negeri Sembilan. Summer Camp 5 telah ditutup secara rasmi oleh puan Wasitah Haji Mohd Yusuf, ketika itu Sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Rakan Muda), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

# 3 : Syurga Kasih Ramadhan
Merupakan Program Tadarus dan Khatam al - Quran yang diadakan pada bulan Ramadhan. Diselangkan dengan tazkirah agama. Ditutup oleh YB Datuk Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang. G2 juga menyampaikan samping dan tudung Hari Raya kepada semua aktivisnya.

# 4 : Youtube, Blog dan Sistem Pendaftaran Online
Blog ini juga tercatat di dalam 10 yang paling bernilai, bersama - sama Saluran YouTube G2 Pemanis dan Sistem Pendaftaran Online (Keahlian dan Peserta Program). 

# 5 : Bengkel Matematik Tambahan
Diadakan selama 3 hari, melibatkan semua pelajar 4 dan 5 kelas aliran sains di SMP, termasuk juga anak - anak Pemanis yang bersekolah di luar. Terima kasih kepada Ariff Admon (kini sudah di Osaka University, Jepun bagi meneruskan pengajian peringkat PhD). Juga terima kasih kepada Rabiatul Munirah Haji Alpandi. Mereka berdua menjadi tenaga penggerak utama dan pengajar untuk bengkel tersebut. Mengisi masa lapang cuti sekolah adik - adik Pemanis dengan bekalan pemantapan akademik.

# 6 : Ziarah dan Marhaban Aidilfitri
Selama lebih 10 tahun, tidak pernah ketinggalan mengadakan program ini. Aidilfitri menjadi medan untuk berkunjungan dan merapatkan ukhuwah. Mengubat rindu sesama teman yang lama tidak berjumpa. Saling bermaafan.

# 7 : Merdeka 55 - Perbarisan dan Pentomin NKRA Janji Ditepati
G2 tampil, mewakili Parlimen Sekijang, dalam Perbarisan Hari Kebangsaan ke 55 Peringkat Daerah Segamat. Lebih menarik juga, adik - adik dan rakan - rakan 'artis' dalam G2 tampil dengan persembahan pentomin NKRA Janji Ditepati selama 5 minit, mewakili JPJ Segamat. Hari Merdeka yang sungguh bermakna buat G2.

# 8 : Hadiah Kaktus Untuk Hari Guru
Beli kaktus di Cameron Highlands semasa Retreat 2. Untuk semua guru - guru SMP. Disampaikan oleh batch 1993 ketika Sambutan Hari Guru SMK Pemanis. Tanda kasih dan sayang untuk cikgu - cikgu semua :)

# 9 : Retreat 2 Cameron Highlands
Dua hari satu malam di puncak Cameron Higlands.Retreat kali ke 2 ini membawa kali ke kawasan peranginan sejuk. Pegawai dan Exco juga sempat mengadakan Mesyuarat Penuh Exco di sana. Melawat kawasan - kawasan menarik, di samping masak - masak di dalam rumah penginapan.

# 10 : Kem Tunas Kepimpinan
Buat pertama kali, G2 mengadakan Kem Tunas Kepimpinan. Untuk adik - adik bawah 14 tahun, di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis. Kem selama satu ahri dua malam ini dikem komandankan oleh Mohd Firuddin Rahmat. Encik Musa Uyub dan isterinya (Jurulatih PLKN) juga turut membantu dengan pengisian dan slot yang mereka kendalikan.



Seterusnya, di tempat ke 11 - 20 adalah seperti berikut : 
# 11. Kendarat Walimatulurus
# 12. Kuda Kepang
# 13. Badminton U14 dan U16
# 14. Mesyuarat Agung Tahunan
# 16. Bola Sepak - Kerjasama SMP
# 17. Kompang - Latihan dan Persembahan
# 18. Badminton - Latihan, Persahabatan, Pertandingan
# 19. Bola Tampar - Latihan, Persahabatan, Pertandingan
# 20. Futsal - Latihan, Persahabatan, Pertandingan


Tahniah G2 di atas barisan program yang telah dilaksanakan pada tahun 2012!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...