Ahad, 23 September 2012

Kebudayaan : Persembahan Kuda Kepang

Pada sabtu, 15 September 2012, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya, Segamat. Ia dijemput bagi meraikan majlis walimatulurus pasangan pengantin di sana. Persembahan kuda kepang ini telah dijayakan dengan bantuan dari 'orang - orang lama dan berpengalaman'.

Maklumlah, kuda kepang merupakan antara persembahan seni tradisi yang 'berat'. Perlukan banyak pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan dan membuat persembahan.

Sebanyak dua pusingan persembahan telah diadakan. Sambutan agak luar biasa. Ramai yang hadir. Menurut anggaran sesetengah penganalisa, hampir 400 orang menyaksikannya. Ia mungkin kerana persembahan ini jarang - jarang diadakan di kampung tersebut. Namun begitu, kehadiran ramai telah memberikan suntikan semangat kepada semua ahli yang terlibat dengan persembahan kuda kepang ini.

Terima kasih kepada Wak Yo (Sunaryo Supar) dan Wak Basiran (Basiran Ahmad) yang masih lagi percaya kepada kami anak - anak muda Pemanis untuk meneruskan kesinambungan leagasi seni budaya ini.

Gambar - gambar persembahan ada di sini : Persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya

Buat pertama kalinya juga, persembahan ini dirakam (walau tidak sepenuhnya, tetapi memadailah) dan disiarkan di Saluran G2 Pemanis YouTube. Boleh tonton di bawah ini :


Video 1 / 2 : Persembahan Pertama



Video 2 / 2 : Persembahan Kedua

Kepada rakan - rakan yang merindui persembahan kuda kepang, sekarang sudah boleh tonton secara online seperti di atas. 

Oh ya, kalau berhajat untuk mengundang kami membuat persembahan, bolehlah hubungi Hanafie Hasim 017 - 7807384 atau Khalid Abu Talib 017 - 7909276. Bayaran boleh dirunding :)

# Terima kasih kerana sentiasa menyokong perkembangan seni budaya kuda kepang. Warisan orang Johor Jawa!

Rabu, 5 September 2012

Tujuh Video Ziarah dan Marhaban Belia 1433H / 2012M

Syukur ke hadrat Allah. Dengan keizinan - Nya, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis masih dapat menyempurnakan program Ziarah dan Marhaban Belia 1433H / 2012M sempena kehadiran bulan Syawal yang mulia. Antara objektif mengadakan program ini adalah :
  1. Meraikan kehadiran Syawal, sebagai salah satu perayaan umat Islam.
  2. Mengangungkan kebesaran Allah dan Baginda Rasullah dengan selawat dan marhaban, memuji - muji Allah dan Rasul-Nya.
  3. Mengukukuhkan ikatan tali sillaturrahim di kalangan ahli generasi belia di dalam Persatuan.
  4. Membina ukhuwah dan persefahaman yang jitu sesama ahli menerusi gerakan program bersama.
  5. Mencipta peluang untuk saling bermaaf - maafan sempena Lebaran di samping peluang untuk beramal dengan menjamu tetamu yang hadir di rumah - rumah yang dikunjungi.

Sepanjang perlaksanaan program, sebanyak 7 buah video telah sempat kami rekodkan dan dipaparkan di laman perkongsian video G2 Pemanis Youtube.

Meh! Kami kongsikan semua kenangan indah ini ... :)
Untuk gambar - gambar, kami kongsikan di laman Facebook Belia Felda Pemanis. Pergi ke koleksi album gambar, dan carilah di sana. Pasti jumpa.















# Terima kasih kepada semua rakan - rakan yang menjayakan program kali ini. Kepada tuan - tuan rumah yang sudi menerima kunjungan kami, semoga Allah dapat memberikan ganjaran Nya buat kalian semua. Doakan semoga kita dapat mengadakan program seperti ini pada tahun - tahun akan datang lagi. 

Isnin, 3 September 2012

Merdeka 55 : Enam Koleksi Video Sepanjang Merdeka 55


Berikut adalah koleksi - koleksi video G2 yang dimuatkan di laman perkongsian video G2 Pemanis Youtube sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke 55, tahun 2012.



Enam Video Clip semuanya ... :)



VC 1 : Iklan Hari Kebangsaan ke 55 Siri 1 yang dijayakan oleh Saifuddin Isa, Ashraff Husin dan Idham. Turut interframe adalah Mohd Azuha Kamari.




VC 2 : Iklan Hari Kebangsaan ke 55 Siri 2 yang dijayakan oleh Zainornatikah Abu Talib, Saifuddin Isa, Ashraff Husin, Azhari Imran dan Alif Ramli. 




VC 3 : Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang. Projek bersama Persatuan Belia Tionghua Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Disempurnakan oleh YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.




VC 4 : Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri dan Ambang Merdeka 55 Peringkat Negeri Johor Tahun 2012 yang diadakan di Dataran Segamat.



VC 5 : Bahagian 1 - Sambutan Hari Kebangsaan ke 55 Peringkat Daerah Segamat yang diadakan di Padang Li Chi, Kg Abdullah.



VC 6 : Bahagian 2 - Sambutan Hari Kebangsaan ke 55 Peringkat Daerah Segamat yang diadakan di Padang Li Chi, Kg Abdullah. Enam minit pertama adalah persembahan NKRA Janji Ditepati oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bg pihak JPJ Segamat dengan menampilkan Saifuddin Bin Mohd Isa,Ayap Sein, Shoklat Shinderella, Azhari Imran, Alif Ramli dan Mohd Firdaus Zainal. :) 



Malaysia, Selamat Hari Kebangsaan ke 55!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...