Ahad, 23 September 2012

Kebudayaan : Persembahan Kuda Kepang

Pada sabtu, 15 September 2012, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya, Segamat. Ia dijemput bagi meraikan majlis walimatulurus pasangan pengantin di sana. Persembahan kuda kepang ini telah dijayakan dengan bantuan dari 'orang - orang lama dan berpengalaman'.

Maklumlah, kuda kepang merupakan antara persembahan seni tradisi yang 'berat'. Perlukan banyak pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan dan membuat persembahan.

Sebanyak dua pusingan persembahan telah diadakan. Sambutan agak luar biasa. Ramai yang hadir. Menurut anggaran sesetengah penganalisa, hampir 400 orang menyaksikannya. Ia mungkin kerana persembahan ini jarang - jarang diadakan di kampung tersebut. Namun begitu, kehadiran ramai telah memberikan suntikan semangat kepada semua ahli yang terlibat dengan persembahan kuda kepang ini.

Terima kasih kepada Wak Yo (Sunaryo Supar) dan Wak Basiran (Basiran Ahmad) yang masih lagi percaya kepada kami anak - anak muda Pemanis untuk meneruskan kesinambungan leagasi seni budaya ini.

Gambar - gambar persembahan ada di sini : Persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya

Buat pertama kalinya juga, persembahan ini dirakam (walau tidak sepenuhnya, tetapi memadailah) dan disiarkan di Saluran G2 Pemanis YouTube. Boleh tonton di bawah ini :


Video 1 / 2 : Persembahan Pertama



Video 2 / 2 : Persembahan Kedua

Kepada rakan - rakan yang merindui persembahan kuda kepang, sekarang sudah boleh tonton secara online seperti di atas. 

Oh ya, kalau berhajat untuk mengundang kami membuat persembahan, bolehlah hubungi Hanafie Hasim 017 - 7807384 atau Khalid Abu Talib 017 - 7909276. Bayaran boleh dirunding :)

# Terima kasih kerana sentiasa menyokong perkembangan seni budaya kuda kepang. Warisan orang Johor Jawa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...