Ahad, 9 November 2014

[118] Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak Negeri Johor 2014

Untuk mengetahui apakah itu Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM), dan sejarah ARP RM G2, sila ke submenu ARP RM G2.



Alhamdulillah, para peserta Tahap Perak ARP RM G2 Kumpulan 2014 seramai 32 orang telah selamat ditauliahkan menerusi Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Perak Negeri Johor 2014 pada Sabtu, 8 November yang lalu. Majlis telah diadakan di Dewan Jemerlang, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Selatan (IKWAS), Kluang Johor. Program adalah anjuran bersama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Pentauliahan telah disempurnakan oleh YB Dato' Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir adalah Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Pengarah IKWAS, para pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, para pegawai Kementerian Pendidikan Malaysia, Pemimpin / Mentor Program ARP RM (dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Badan Operasi NGO - Persatuan dan Unit ARP RM Sekolah - Sekolah Menengah) di samping yang utama iaitu para remaja seramai 471 orang seluruh Johor yang ditauliahkan Tahap Perak.

Di samping 32 orang yang ditauliahkan Tahap Perak, Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga telah menggondol Anugerah Mentor Aktif menerusi mentor program ARP RM G2 yang telah melaksanakan program ini semenjak 2004 lagi.

Berikut adalah senarai nama kesemua 32 orang penerima Tahap Perak ARP RM G2 yang telah menyempurnakan cabaran dan ditauliahkan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada mereka ini.

Badan Operasi : PERSATUAN BELIA G2 FELDA PEMANIS
Mentor : ARMIZAM BIN ABD RAHIM
B01
Mohd Faiz bin Rahmat
B17
Nur Shahira binti Paiman
B02
Mohd Nabil Akmal bin Esa
B18
Mohd Fahmi bin Dzulkifli
B03
Muhammad Azhari bin Imran
B19
Khairul Azam bin Kamarudin
B04
Muhammad Fazrul Razzi bin Abdullah
B20
Muhammad Alif bin Wahid
B05
Mohd Fakhrur Razi bin Othman
B21
Muhd Khairil Iqmal bin Hamzah
B06
Amirul Hafizi bin Yunus
B22
Nurain binti Shypul Azmi
B07
Mohd Norfikri bin Norazmizan
B23
Nur Hidayu binti Zainal Abidin
B08
Ariesya Najiha binti Mat Jaliani
B24
Nor Alina binti Mersari
B09
Nur Farish Idayu binti Mahmod
B25
Mohd Zulkarnain bin Parsin
B10
Nur Aishah Fatihah binti Mohd Nazri
B26
Mohd Rahimi bin Baharudin
B11
Muhammad Nur Iman bin Abdullah
B27
Mohd Haziq Najmi bin Jasmon
B12
Badrul Halim bin Katimin
B28
Muhammad Faris Jazlan bin Mohd Jambri
B13
Suria binti Sipon
B29
Amirul Izwan bin Bakhtiar
B14
Sharifa Shazwani binti Zaini
B30
Ahmad Nur Hadi bin Mashod
B15
Noradilah binti Sahari
B31
Mohd Shafizam bin Abdullah
B16
Nurul Ika Naziera binti Suhairi
B32
Mohd Nor Hafifuddin bin Abd Rahman

Berikut pula adalah statistik keseluruhan peserta ARP RM Negeri Johor yang layak ditauliahkan pada tahun ini. Sumber adalah dari buku program majlis pentauliahan.

Kita bermula dengan persiapan dan pergerakan peserta dengan bas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis seawal jam 7.00 pagi. Mengambil peserta Kelab Rakan Muda Kg Abdullah di Dataran Segamat dan Sukarelawan Rakan Muda Daerah Segamat di Chaah.



Sampai sahaja di INTAN Kluang, para peserta dikehendaki mendaftar giliran untuk naik ke pentas. Kemudian, mengambil tempat duduk yang telah dinomborkan untuk mereka. Pagi itu, ada Slot Motivasi - Minda Kepimpinan Muda yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohmad Noh bin Sairi, bekas KPSU (Kaunseling) Kementerian Pendidikan Malaysia. Banyak input yang diperolehi menerusi sesi tersebut. Boleh tonton dua klip video sedutan sesi bersama beliau di bawah ini.








Rehat tengah hari juga di INTAN, Kluang. Menjamu selera yang disediakan oleh Jabatan di Dewan Menasi dan kemudian solat. Para peserta dikehendaki masuk semula pada jam 1.30 petang untuk Sesi Pentauliahan Anugerah,





Masanya pun tiba. YB Exco dan tetamu jemputan sampai di Dewan Jemerlang. Selepas persembahan pembukaan, bacaan doa, ucapan dan gimik perasmian, disampaikan pula anugerah - anugerah.


Senarai penerima Anugerah ARP RM adalah seperti berikut :

Para peserta dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis adalah organisasi kedua (selepas Badan Operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kluang) yang naik ke pentas untuk ditauliahkan. Mari kita lihat video dan gambar semua dari G2 yang naik ke pentas anugerah.


















Majlis Pentauliahan tamat keseluruhannya lebih kurang jam 04.15 petang untuk seramai 471 orang itu. Syabas dan Tahniah kepada semua remaja Johor yang berani menyahut cabaran dan menyempurnakannya untuk layak ditauliah Tahap Perak. Paling utama tentunya syabas dan tahniah untuk ahli - ahli ARP RM dari G2. Anda adalah kebanggaan kami. (Belanja sikit gambar - gambar berkumpulan kami)





Terima kasih kepada semua pihak terutamanya bekas perserta ARP RM G2 yang sentiasa memberikan sokongan untuk sepanjang 10 tahun G2 melaksanakan ARP RM. Ada masa jatuh, ada masa naik. Itulah putaran alam. Namun, konsistensi itu yang lebih utama. Anda kebanggan kami!


Sjjil baru ARP RM dengan logo KBS dan
logo The Duke of Edinburgh's International Award
Iklan : Ikuti kami di Instagram :)
Badrul Halim dan Nabil Akmal dengan gaya pin Perak yang baharu.



# Entri seterusnya selepas ini, kami akan paparkan liputan media sosial mengenai Pentauliahan ARP RM yang melibatkan peserta dari G2. Tunggu!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...