Isnin, 17 November 2014

[121] Program Kesihatan Remaja - Slot Transisi Ke Alam Remaja

TERIMA KASIH kepada semua 68 orang adik - adik pelajar Tahun 6 SK Pemanis Satu dan SK Pemanis Dua yang bersama - sama di dalam Slot Transisi Ke Alam Remaja pagi ini di dalam Program Kesihatan Remaja 2014. Pogram telah diadakan pada Ahad, 16 November 2014 di SK Pemanis Dua.


Slot Transisi Ke Alam Remaja dikendalikan oleh abang - abang dan kakak - kakak pelajar Kolej Matrikulasi KPM dari Felda Pemanis yang sedang bercuti. Terima kasih juga kepada fasilitator yang mengendalikan slot, Klinik Kesihatan Felda Pemanis, pentadbiran SK Pemanis Satu dan pentadbiran SK Pemanis Dua. Ada masa kita jumpa lagi.









Pada awalnya, kami merancang untuk mengadakan 4 subslot - permainan. Dua pada Sesi Pertama iaitu jam 9 - 10 pagi manakala dua lagi pada Sesi Kedua iaitu jam 11 - 12 tengah hari. Namun, hanya 3  subslot sahaja yang dapat dilaksanakan berikutan. Namun begitu, ia tetap berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada 6 orang fasi yang membantu dalam menjayakan slot program iaitu Mohd Nur Ashraff Husin (Kolej Matrikulasi Selangor), Mohd Shafiq Wahid (Kolej Matrikulasi Pahang), Zainornatikah Abu Talib (Kolej Matrikulasi Pahang), As Syifa' Haji Daim (Kolej Matrikulasi Pahang), Siti Hajar Yahya (Kolej Matrikulasi Pahang) dan Aidi Najwa Saharudin.

Gambar - gambar penuh boleh dilihat di Album Gambar Facebook Belia Felda Pemanis. Manakala semua video boleh ditonton di Laman Youtube G2 Pemanis, selain juga dipaparkan di entri ini.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...