Selasa, 2 Disember 2014

[123] MyCamp Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2014

Program MyCamp Rakan Muda Negeri Johor - sempena cuti sekolah panjang ini - telah berlansung dari 25 - 27 November 2014 (Selasa - Khamis) di Teluk Gorek, Mukim Penyabong, Endau, Mersing. 40 orang peserta dengan 4 orang dari setiap daerah telah menyertainya dengan diiringi oleh pegawai - pegawai dari setiap daerah. 

Program adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Dari Segamat diwakili oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis -Azhari ImranFazrul Prf Azahari Abdullah dan Mohd Norfikri.

Antara pengisian yang diadakan adalah sesi ice breaking, treking di laluan yang disediakan, pengenalan kepada rawatan kecemasan (bantu mula dan first aid), malam kebudayaan dan khidmat masyarakat (gotong royong di sekitar Kampung Tanjung Resang).

Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Emlia Rosla, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.


Gambar - gambar penuh boleh di lihat di sini :


Manakala berikut pula adalah 6 klip video yang sempat dirakam sepanjang program.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...