Sabtu, 27 Disember 2014

[128] Kejohanan Badminton Tertutup Pemanis Bawah 14 dan Bawah 17 Tahun 2014

Menutup tirai tahun 2014, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan satu program di bawah Biro Sukan dan Rekreasi iaitu Kejohanan Badminton Tertutup Pemanis Bawah 14 dan Bawah 17 Tahun 2014. Ia merupakan kali kedua diadakan setelah kali pertama berlangsung pada tahun 2012.


Kejohanan Badminton ini telah diadakan pada Jumaat, 26 Disember 2014. Dua kategori iaitu Bawah 14 tahun (sebanyak 5 bergu lelaki) dan Bawah 17 tahun (sebanyak 4 bergu lelaki). Ia diadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Pemanis Dua.

Pertandingan ini mempunyai matlamat untuk mencungkil bakal dan menyerlahkan potensi sukan badminton di kalangan anak - anak Pemanis. Menerusi kejohanan ini, mereka mampu untuk mempamerkan potensi yang ada, seterusnya boleh dikembangkan ke peringkat yang lebih tinggi.




Kejohanan bermula pada jam 8.30 pagi dan tamat dengan Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah pada jam 04.00 petang. Berhenti rehat seketika untuk solat Jumaat.

Sijil - sijil dan hadiah pemenang telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Hanafie Hasim, Pengerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Mengiringi beliu adalah Naib Pengerusi Persatuan yang juga merupakan Pengerusi Biro Sukan dan Rekreasi, Encik Mohd Syawal Baharudin.


Bagi kategori Bawah 14, Johan disandang oleh pasangan Aiman dan Rahul, manakala bagi kategori Bawah 17 pula disandang oleh pasangan Zarul Azwan dan Farid Hasan. Hadiah sehingga tempat ke 5 bagi Bawah 14 dan tempat ke 4 bagi Bawah 17 telah diberikan. Semua penyertaan mendapat hadiah dan sijil dari Persatuan.


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis megucapkan syabas dan tahniah kepada semua yang menyertai kejohanan ini. Terima kasih juga kepada semua barisan urusetia dan pengadil yang telah memberikan komitmen dan kerjasama. Semoga kita dapat meneruskan lagi program ini pada masa akan datang.

Untuk gambar penuh, boleh berkunjung ke Facebook Belia Felda Pemanis.


Ini pula adalah 4 klip video yang disiarkan di Laman YouTube G2 Pemanis








Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...