Khamis, 25 Disember 2014

[127] Kursus Asas Kemahiran Kesukarelaan Pasca Bencana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2014


KURSUS Asas Kemahiran Kesukarelaan Pasca Bencana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2014 telah diadakan di Pusat Latihan Polis Zon Selatan (PULAPOL) Batu Anam, Segamat. Ia adalah anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Kursus telah berlangsung pada 21 - 24 Disember 2014. Peserta  datangnya dari seluruh daerah dalam negeri Johor. 

Seramai 8 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis turut sama menyertai, terdiri dari 5 lelaki dan 3 perempuan. Mereka adalah Fazrul Razzi, Mohd Faiz Rahmat, Rashdi Bohari, Norfikri Norazmizan, Mohd Nur Amin Jemiran, Yasmien, Shuhada Azhar dan Nurul Azani Shypul Azmi. 




Modul - modul adalah dengan kerjasama pelbagai Jabatan / Agensi Kerajaan seperti Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kerja Lapangan pula telah diadakan di Kg Awat, Batu Anam. Pengisian juga melibatkan para fasilitator yang dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

Antara pengisian yang diberikan adalalah Pengurusan Sukarelawan Untuk Sukarelawan, Isu Bencana, Instrospeksi Kepimpinan dan Kepengikutan, Strategi Komunikasi, Demontrasi Jabatan / Agensi Bantuan Bencana, Kerja Lapangan dan Menangangi Stress. 







Kursus ini mempunyai matlamat berikut :
  1. Menyemai sikap kesukarelaan di kalangan anak muda agar mereka lebih bertanggungjawab kepada Negara, Bangsa dan Agama.
  2. Memberi pendedahan kepada golongan anak muda tentang pentingnya kemahiran kesukarelaan.
  3. Memupuk budaya hidup yang sihat di kalangan anak muda serta meningkatkan tahap pengetahuan dan pemikiran ke arah pembangunan negara sejajar Wawasan 2020.



Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Tuan Abd Aziz Abd Rahman, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut hadir pada majlis tersebut adalah ASP Khairil Azhar mewakili Polis DiRaja Malaysia.



Gambar - gambar penuh boleh di lihat menerusi dua album di dalam Facebook Belia Felda Pemanis :


Berikut pula adalah lima klip video yang sempat dirakam. Ia dimuatkan di Saluran YouTube G2.












Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...