Jumaat, 3 Jun 2016

[196] Sesi Perkongsian Pengalaman ARPRM G2 Bersama Kelab Rakan Muda Jementah

TERIMA KASIH kepada Kelab Rakan Muda Jementah yang menerima peserta APRRM Persatuan Belia G2 Felda Pemanis untuk Sesi Perkongsian Pengalaman ARPRM pada Selasa 31 Mei 2016. Program disertai kira - kira 200 belia Cina Tingkatan 1 hingga 5 sekitar Jementah menerusi Kem Motivasi Kali ke - 6 di SJKC Jementah. 

Ini adalah kali ke 2 G2 bersama Kelab Rakan Muda Jementah. Sesi diketuai oleh peserta Tahap Emas G2 iaitu Syikin Basri yang juga mencatat rekod sebagai penceramah termuda dalam sejarah G2. 4 orang lagi juga tampil berkongsi pengalaman iaitu Mohd Idham Jalak, Nabil Akmal, Muhd Nur Amin dan Mohd Nor Fikri. Tiga yang lain iaitu Azhari Imran, Nur Iman Abdullah dan Fakhrur Razi juga bersama. Ia diselaraskan oleh Mentor ARPRM G2.


Menerusi sesi yang telah dilaksanakan itu, para peserta Kem Motivasi telah didedahkan dengan :

1. Pengenalan Kepada ARPRM yang merangkumi taklimat disampaikan oleh Mentor
2. Perkongsian Pengalaman dari Nurul Asyikin Basri
3. Ringkasan perkongsian dari Nabil Akmal, Idham Jalak, Mohd Nur Amin dan Mohd Norfikri
4. Sesi soal jawab

Gambar dan video yang berkaitan juga telah ditayangkan.















Secara keseluhannya, sesi ini telah berjaya menjalinkan persefahaman dan kerjasama antara dua NGO menerusi platform ARPRM. Sebagai sebuah Badan Operasi, G2 amat berharap agar lebih banyak anak muda dan remaja berusia 14 - 25 tahun melaksanakan program ARPRM.




Tahniah kepada Kelab Rakan Muda Jementah dan juga peserta ARPRM G2 yang telah menjayakan tersebut.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...