Ahad, 16 Oktober 2016

[208] Gold Meet Up Session - Sesi Pembentangan dan Penilaian ARPRM Tahap Emas 2016

Kesemua calon - calon Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas (The Duke of Edinburgh's International Award) ARPRM - DofE dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah selesai melalui proses Gold Meet Up Session atau Sesi Pembentangan dan Penilaian ARPRM Tahap Emas 2016.


Sesi untuk calon G2 berlangsung di 4 tempat berasingan, iaitu :

1. Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kedah, Alor Setar pada 4 Oktober 2016
2. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Tengah, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 6 Oktober 2016
3. Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Johor pada 6 Oktober 2016
4. Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan pada 14 Oktober 2016










 

Sepanjang sesi tersebut, calon G2 telah dinilai oleh 5 orang Panel
1. Tuan Haji Fadzil - Zon Utara
2. Encik Hazrul Hafizi - Zon Utara
3. Ustaz Azmi - Zon Selatan
4. Encik Mohd Rahiman - Zon Selatan
5. Cikgu Mohd Aris - Zon Selatan

Keseluruhannya, calon - calon Emas G2 telah menunjukkan prestasi pembentangan, kualiti aktiviti dan pelaporan yang amat baik dan memuaskan sekali. Ini adalah kumpulan kedua (Batch 2) dalam ARPRM Emas G2 yang dinilai dan akan ditauliahkan.




Seluruh Pasukan Pengurusan ARPRM dan Peserta Tahap Emas dari G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua Panel Penilai Tahap Emas dan Sekretariat ARPRM Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di atas kerjasama yang diberikan. Semoga pada tahun - tahun akan datang G2 akan dapat melahirkan peserta Emas yang lebih berkualiti dan melebihi dari piawaian antarabangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...