Sabtu, 5 November 2016

[214] Pertandingan Bola Tampar Tertutup Felda Pemanis 2016

Bagi mengisi masa lapang cuti hujung minggu dan perayaan, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi alumni dan peserta - peserta Program ARPRM telah mengadakan Pertandingan Bola Tampar Tertutup Felda Pemanis. Ia telah diadakan pada Sabtu, 29 Oktober 2016 bertempat di Gelanggang Bola Tampar Felda Pemanis Dua.









Pertandingan berkonsepkan 'fun' ini tidak mengenakan sebarang yuran penyertaan. Hadiah berupa hamper dan sijil penyertaan kepada semua pemain telah diberikan.

Sebanyak 4 pasukan telah mengambil bahagian. Pertandingan ini dicetuskan idea dalam masa yang singkat dan kerja - kerja persiapan juga berlangsung dalam masa yang singkat.












Penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu dalam menjayakan pertandingan. Mereka berkhidmat dengan sukarela dari semua aspek : Urusetia, pengadil, dan sukarelawan. Semoga pada masa - masa akan datang kita akan dapat mengadakan pertandingan seperti ini lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...