Selasa, 1 November 2016

[212] #4DOutreach Siri 3 - ARPRM : Tahap Gangsa dan Perak G2

Siri 3 Projek 4D Outreach Enemurator oleh G2 telah diadakan pada Jumaat, 21 Oktober 2016 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua, Segamat. Projek #4DOureach ini adalah anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Unit Modal Insan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Segamat dan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Segamat.



Untuk Siri 3, ia melibatkan peserta - peserta ARPRM yang akan tauliah pada Tahap Gangsa dan Tahap Perak dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.


Fasilitator dan enemurator bertugas pada Siri 3 ini adalah Mohd Firdaus bin Zainal Abidin dan Mohd Nur Ashraff bin Husin. Firdaus telah memberikan penerangan mengenai perlaksanaan ARPRM - DofE dan berkongsi pengalaman beliau melaksanakannya dari peringkat Gangsa hingga Emas. Beliau juga telah berkongsi aktiviti 'Life After Gold' beliau. Manakala Ashraff telah berkongsi pengalamannya melaksanakan ARPRM juga, dari peringkat Gangsa hingga Emas. Sesi kajian maklumbalas program juga telah dibuat oleh dua orang fasilitator dan enemurator ini. 








Pada tahun ini, seramai 16 orang dari G2 layak untuk tauliah pada Tahap Perak dan 23 orang pula pada Tahap Gangsa.

Majlis Penyampaian Baju Rasmi G2 ARPRM G2 kemudian telah disempurnakan oleh Mohd Syawal Baharudin, Naib Pengerusi Persatuan kepada semua peserta sempurna Tahap Gangsa, Tahap Perak dan yang sedang melaksanakan Tahap Emas.





Terima kasih diucapkan kepada Pengurus dan Penolong Pengurus Pusat Internet 1Malaysia di atas kesudian memberikan keizinan dalam menggunakan pusat tersebut. Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua dan Pusat Internet1Malaysia Taman Yayasan adalah rakan strategik dalam program ARPRM G2.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...