Khamis, 3 November 2016

[213] #4DOutreach Siri 4 - ARPRM : SMK Seri Bali, Chaah

Siri 4 Projek 4D Outreach Enemurator oleh G2 telah diadakan pada Ahad, 23 Oktober 2016 bertempat di SMK Seri Bali, Chaah, Segamat. Projek #4DOureach ini adalah anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Unit Modal Insan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Segamat dan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Segamat.





Program di SMK Seri Bali, Chaah diadakan sekali dengan Program Motivasi Belia Ikon. Seramai kira - kira 200 pelajar, majoritinya dari Tingkatan 4 telah mengikuti program selama lebih kurang 3 jam ini.






Sesi pertama dimulakan dengan taklimat ARPRM dan perkongsian pengalaman dari pemegang Emas sulung Segamat, Mohd Firdaus Zainal Abidin. Ia kemudian diikuti oleh perkongsian pengalaman dari Mohd Idham bin Jalak, salah seorang pemegang Emas ARPRM G2. Sesi ketiga pula adalah perkongsian pengalaman dari Mohd Fakhrur Razi Othman, juga pemegang Emas ARPRM G2.





Pada pusingan kedua, setiap fasilitator telah memberikan tips dan panduan halatuju berkenaan pendidikan, peperiksaan, halatuju akademik dan latihan kemahiran. Tips berasaskan pengalaman masing - masing adalah antara elemen paling penting sebagai panduan kepada semua pelajar terlibat.



Majlis Perasmian Program telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail Jais, Setiausaha Whip Ahli Majlis Daerah Labis mewakili Tuan Mansor Birat, Ketua Whip Ahli Majlis Daerah Labis. Inisiatif program ini banyak dijayakan oleh Pengetua sekolah berkenaan yang amat berdedikasi iaitu Puan Zabedah Abdul Rashid, yang juga pernah menjadi Guru Penolong Kanan (1) di SMK LKTP Pemanis. Turut bersama adalah Encik Mohd Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.







Borang soal selidik mengenai program juga telah diedakan kepada semua. Enemurator - enemurator kajian telah membantu dalam menjayakan penyelidikan ringkas ini.









Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak, khususnya SMK Seri Bali Chaah yang sudi menerima kunjungan pasukan ini untuk menjayakan Prohek 4D Outreach di sekolah berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...