Selasa, 5 September 2017

[262] Pengurusan Pengajian Tinggi Untuk Anak Felda Pemanis 2017

Sempena minggu pendaftaran pelajar baharu peringkat Sarjana Muda di Universiti Awam seluruh Malaysia, entri ini mencatatkan serba sedikit coretan dan gambar mengenai khidmat yang telah diberikan berkenaan pengurusan pengajian tinggi kepada bakal - bakal pelajar tersebut.

Seperti tahun - tahun sebelumnya, G2 menyediakan khidmat bantuan, konsultasi dan pengurusan kepada bakal - bakal pelajar yang memasuki Universiti Awam, Universiti Swasta dan Institusi Latihan Kemahiran Awam, sama ada pada peringkat Sijil, Diploma atau Sarjana Muda.

Antara khidmat yang diberikan adalah :

1. Proses mengisi borang permohonan sama ada online menerusi UPU atau lain.
2. Menentukan bidang permohonan berasaskan kelayakan dan minat.
3. Mencetak dokumen - dokumen tawaran.
4. Pengesahan dokumen - dokumen berkaitan.
5. Pengurusan bantuan dari Kerajaan seperti Yayasan Pelajaran Johor dan Baitul Mal.
6. Pengurusan permohonan pembiayaan pelajaran seperti PTPTN dan YPJ.
7. Pengurusan kes - kes rayuan.
8. Perkongsian info dan tips menerusi rangkaian bekas pelajar dan pelajar.
9. Susulan permohonan bagi kes - kes khas.
10. Pelbagai khidmat runding cara dan bantuan.

Gambar - gambar di bawah adalah antara khidmat yang diberikan, untuk mereka pada tahap Sarjana Muda.










Tahniah semua yang berjaya minggu ini mendaftar ke Universiti Awam. Semoga terus cemerlang!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...