Rabu, 27 September 2017

[269] Pameran Kecemerlangan ARPRM G2 Sempena Himpunan Muafakat Belia Johor 2017

Himpunan Muafakat Belia Johor telah diadakan buat kali pertama pada 22, 23 dan 24 September yang lalu. Daerah Segamat telah dipilih sebagai rumah pertama bagi himpunan tersebut. Selama 3 hari, lebih 25 acara dan program telah diadakan bertempat di Bandar Utama, Segamat dan sekitar kawasan Bandar Segamat.

Di tapak utama himpunan, diadakan pelbagai acara pentas dan pameran. Salah satu organisasi yang membuat pameran adalah Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda di bawah Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Pameran Kecemerlangan ARPRM G2 telah mempamerkan pelbagai bahan dan gambar yang berkaitan dengan aktiviti dan pencapaian ARPRM.

Seramai 12 orang sukarelawan ARPRM G2 telah bertungkus - lumus bagi memastikan pameran dapat dilaksanakan dengan jayanya.


Persiapan Sebelum Pameran





Persiapan Di Galeri Pameran









Suasana Ketika Pameran









 








Antara Yang Menurunkan Tandatangan Di Dalam Buku Pelawat


















Memori Berkumpulan



















Pengemasan Semula










Empat Klip Video Sepanjang Pameran





#HimpunanMuafakatBeliaJohor2017. Bagi pihak 50 orang peserta River Ranger, 8 orang enumerator kajian dan 12 orang sukarelawan Pameran Kecemerlangan ARPRM G2 (Jumlah 70 orang), mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor, Majlis Belia Negeri Johor, Majlis Belia Daerah Segamat, Jabatan Pengairan dan Saliran Johor (River Ranger), Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (pelaksanaan kajian), YB Lau Chin Hoon Lau ADUN Pemanis yang sentiasa memberikan bantuan / sokongan tanpa putus dan memberikan visi, Datuk Dr Baharum Mohamedyang menyokong dari segenap segi, Encik Shashidharan Sivabalan Pegawai Belia dan Sukan yang percaya kepada kami (setiap hari mendermakan kupon makanan haknya untuk kami), Encik Ibrahim Bin Bujang, Puan Norhayati Iskar, Puan Miasha Daud, Encik Hyad Eddie, Puan Zura Wannadia, Puan Nurul dan ramai lagi.


Juga terima kasih kepada Pengerusi MBFM Kebangsaan, Encik Anas Alimor Exco MBFM Kebangsaan yang memberikan sokongan moral, Tuan Rizan Hasan Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia, Tuan Puan Kepimpinan Tertinggi Majlis Belia pada peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan. Rakan - rakan kepimpinan pelbagai organisasi anak muda dari segenap negeri Johor juga tidak dilupakan. Terima kasih kerana sudi menjengah kami.
Para peserta dan sukarelawan yang belajar erti berkorban harta, tenaga, masa dan kesenangan demi mengukukuhkan kepercayaan kepada apa yang Kerajaan laksanakan untuk rakyatnya.

Paling istimewa untuk ibu bapa yang memberikan kepercayaan dan kebenaran untuk anak - anak mereka menyertai program. Semoga kita dapat membina sebuah generasi kuat, bukan sahaja pada paras fizikal tetapi mental dan hati. Terima kasih semua.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...