Jumaat, 8 September 2017

[264] Sesi Konsultasi Peserta ARPRM Tahap Gangsa dan Perak Sesi 2017

KHAMIS, 7 September 2017 - Persatuan Belia G2 Felda Pemanis selaku Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda telah melangsungkan Sesi Konsultasi Peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa dan Perak sesi 2017 bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis 2.

Sesi ini diadakan dengan tujuan untuk menyegarkan semula pemahaman semua peserta berkenaan pelaksanaan program ARPRM. Ia juga memberikan pendedahan kepada semua mengenai pencapaian peserta Tahap Emas yang telah menyempurnakan program agar menjadi motivasi kepada peserta Tahap Gangsa dan Perak.



Sesi dimulakan dengan Ketua Mentor membuka program. Ia diikuti dengan penyegaran semula pemahaman ARPRM oleh Mohd Firdaus Zainal Abidin, penerima Emas 2015. Firdaus memberikan penekanan terhadap keperluan melaksanakan ARPRM mengikut tatacara, hukum dan peraturan yang ditetapkan pada peringkat antarabangsa.



Kemudian, bakal penerima Emas 2017, Mohd Arif bin Mail telah berkongsi perjalanan cerita ARPRM beliau dari Gangsa ke Emas. Arif berkongsi dalam Bahasa Inggeris.



Sasaran tahun ini tidak banyak, memadai 10 Perak dan 15 Gangsa.  Penerangan, semakan aktiviti dan penyelesaian terhadap masalah - masalah berkenaan ARPRM juga telah diadakan, terutama berkaitan menulis aktiviti di dalam Buku Rekod.







Terima kasih kepada semua peserta yang mengambil bahagian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...