Sabtu, 9 Jun 2018

[318] Lentera Kasih 3.0 - Ramadhan 1439H / 2018M

9 KELUARGA DISANTUNI SIRI 3, JUMLAH KESELURUHAN 26 KELUARGA
JUMAAT, 8 JUN 2018 - Lentera Kasih Siri 3 - Ramadhan 1439H mengambil tempat hari ini. Seramai 9 keluarga dikunjungi untuk diberikan sumbangan dan sedekah sempena bulan Ramadhan dan menyambut Syawal.
Pecahan kunjungan Lentera Kasih 3.0 adalah seperti berikut : 2 keluarga di Felda Pemanis Satu, 5 keluarga di Felda Pemanis Dua dan sebuah keluarga masing - masing di Kg Sekijang (anak Felda Pemanis) dan Kg Bangas.



Penyampaian sumbangan hasil derma dan sedekah pelbagai pihak dilakukan oleh Penyeleras Projek Mizam Rahim, Bendahari G2 Mohd Helmi Rohani dan Azri Suratin



Pada asalnya, projek ini menyasarkan 25 keluarga, tetapi kini ia bakal melebihi jauh dari sasaran awal. Terima kasih kepada semua penyumbang dan pasukan sukarelawan. Lentera Kasih 4.0 (siri akhir Ramadhan 1439H) akan bersiaran dari Kg Orang Asli Segamat Kecil pada Selasa, dua hari sebelum Aidilfitri.





























<iframe width="480" height="270" src="https://www.youtube.com/embed/AFIilFWE5k0" frameborder="0" allow="autoplay; encrypted-media" allowfullscreen></iframe>


Terima kasih kepada semua penyumbang dan sukarelawan G2 yang mengambil bahagian dalam menjayakan Lentera Kasih 3.0. Semoga Allah memberkati semua usaha kita.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...