Ahad, 23 Jun 2019

[390] Hari 1 : Program Rakan Muda Kreatif Daerah Segamat

Khamis - Jumaat, 20 - 21 Jun 2019
Jeram Tinggi, Sauk Permata, Ulu Jementah

Hari 1 : Khamis 20 Jun 2019

G2 telah diberikan amanah oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerusi Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk melaksanakan Program Rakan Muda Kreatif - Cinta Alam dan Khidmat Masyarakat. Ia merupakan program yang dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan mengambil pendekatan mana - mana Gaya Hidup Rakan Muda.

Program telah dilaksanakan di Jeram Tinggi, Sauk Pemata, Ulu Jementah. Seramai 39 orang peserta (melebihi sarasaran 30 peserta) telah memulakan program dengan bertolak dari Felda Pemanis pada jam 03.30 petang menggunakan kenderaan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Perdana Menteri. Slot pertama dikendalikan oleh APM dengan memberi ilmu Asas Bantuan Kecemasan dan Menyelamat kepada semua peserta dan urusetia.

























Peserta kemudiannya dipecahkan kepada 5 kumpulan dengan lantikan ketua bagi setiap kumpulan.
Solat Asas, Mahgrib dan Isyak secara berjemaah dan juga diadakan bacaan Yasin.
Selepas solat Isyak, beberapa pengisian pengukuhan kumpulan dilakukan oleh Hairul Asraf, Mustakim Kahar dan Mohd Firuddin Rahmat.
Sesi Jelajah Lasak bermula jam 10.00 malam dikendalikan oleh Encik Aziz dan pasukan Jurulatih Rekreasi, Menjelajah alam dan kembali ke base camp pada jam 02.00 pagi untuk sesi rumusan. Pelbagai pengalaman jelajah lasak pada waktu malam : suasana, air tejun, lintah, bau hutan dan pengamatan suasana yang sukar dilupakan.

































Peserta tidur jam 03.00 pagi untuk hari pertama dan bangun pada jam 06.00 pagi.
Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Angkatan Pertahanan Awam, barisan jurulatih rekreasi, pasukan pengurusan dan urusetia serta semua perserta telibat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...