Isnin, 24 Jun 2019

[391] Hari 2 : Program Rakan Muda Kreatif Daerah Segamat

Khamis - Jumaat, 20 - 21 Jun 2019
Jeram Tinggi, Sauk Permata, Ulu Jementah

Hari 2 : Jumaat, 21 Jun 2019


Khamis - Jumaat, 20 - 21 Jun 2019
Jeram Tinggi, Sauk Permata, Ulu Jementah

Hari 2 : Jumaat, 21 Jun 2019
G2 telah diberikan amanah oleh Kementerian Belia dan Sukan Malaysia menerusi Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk melaksanakan Program Rakan Muda Kreatif - Cinta Alam dan Khidmat Masyarakat. Ia merupakan program yang dilaksanakan di seluruh Malaysia dengan mengambil pendekatan mana - mana Gaya Hidup Rakan Muda.
Program telah dilaksanakan di Jeram Tinggi, Sauk Pemata, Ulu Jementah. Seramai 39 orang peserta (melebihi sarasaran 30 peserta) menyertai program.
Hari kedua dimulakan dengan solat subuh berjemaah diikuti penyediaan sarapan pagi dengan memasak sendiri di dalam kumpulan masing - masing. Sebahagian peserta yang lain pula melakukan Khidmat Masyarakat dengan membersihkan tandas awam yang amat teruk sekali dan memungut sampah di kawasan sekitar.
Selepas selesai sarapan, para peserta membersihkan diri dengan mandi di jeram. Seterusnya, mereka mengikuti slot Bengkel Buku Rekod ARPRM - DofE, diikuti sesi penilaian program.
























Majlis Penutup telah diadakan pada jam 11:30 pagi, disempurnakan oleh Cik Norliayana mewakili Puan Wardah, Penolong Pengarah Rakan Muda Johor. Di dalam majlis penutup ini juga telah disampaikan sijil penyertaan untuk peserta dan majlis penyerahan 7 laporan ARPRM - DOfE Tahap Emas dari G2 untuk sesi 2019
Terima kasih Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Majlis Perbandaran Segamat, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Angkatan Pertahanan Awam, barisan jurulatih rekreasi, pasukan pengurusan dan urusetia serta semua perserta telibat.













































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...