Isnin, 28 Disember 2020

[633] #TAG4Future - Refleksi, Penghargaan dan Penyampaian Sijil

SESI REFLEKSI DAN PENGHARGAAN BERSAMA SMK PALONG TIMUR 

PALONG TIMUR, 28 Disember - "Program - program pembangunan pelajar, terutamanya kumpulan yang bakal menghadapi peperiksaan, seharusnya dapat diteruskan pada masa - masa akan datang, terutamanya di SMK Palong Timur," demikian saranan yang dilontarkan oleh Tuan Abd Aziz Othman, Pengetua SMK Palong Timur hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika sesi refleksi dan penyampaian sijil penghargaan dari #TeamG2 kepada sekolah berkenaan bertempat di Felda Palong Timur. 

"Untuk itu, sekolah juga bersedia untuk menjalinkan kerjasama dengan alumni sekolah pada masa akan datang," tambah beliau lagi. Tuan Abd Aziz sebelum ini merupakan Guru Penolong Kanan di SMK Gemereh sebelum bertukar dan menjawat jawatan Pengetua di SMK Palong Timur. 














Sementara itu menurut Pengurus Projek #TAG4Future, beliau telah menerangkan kepada Tuan Pengetua mengenai pelaksanaan program yang berlangsung selama 3 bulan dan berakhir November lepas. Faiz juga mengucapkan terima kasih di atas kerjasama sekolah dan menyampaikan sijil penghargaan kepada sekolah bagi pihak #TeamG2.

Terdahulu, para pelajar yang menyertai program selama 3 bulan berakhir November lalu telah menerima sijil masing - masing. Ia meliputi pelajar dua buah sekolah iaitu SMK LKTP Pemanis dan SMK Palong Timur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...