Jumaat, 11 Jun 2021

[745] MyVAC Daerah Segamat : Hari 25 (PPV Taman Yayasan)

MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat - Hari 25 | 10 Jun 2021, Khamis | Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan.

Penugasan Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT dan Southern Volunteer (SV) Daerah Segamat

Hujan hari juga hujan turun sebentar . Sukarelawan MyVAC membantu penerima vaksin terutama warga emas dengan memayungi mereka yang datang dan ingin pulang semula. Selain itu, penugasan harian mengikut stesyen - stesyen yang ditetapkan terus berjalan seperti biasa.
Menjunjung Kasih DYAM Tunku Makhota Johor di atas kurnian kerusi roda untuk setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di dalam daerah Segamat. Semoga dengannya dapat memberikan keselesaan kepada operasi PPV dalam membendung penularan wabak COVID - 19 menerusi pemvaksinan.


Juga hari ini menerima Lawatan Kerja YB Dr. Chong Fat Full, Pengerusi JK Perpaduan, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Kerajaan Negeri Johor ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan.

Terima kasih YB di atas sokongan dan komitmen bantuan untuk operasi PPV yang lebih baik dan selesa bagi kemudahan semua penerima vaksin, petugas dna sukarelawan.
Beberapa sumbangan lagi yang diterima seperti dari Tuan Haji Anuar Abdul Manap dan Pergerakan Pemuda (Segamat dan Sekijang) : Terima kasih Tuan yang budiman di atas keprihatinan kepada semua petugas dan sukarelawan.



















































































Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).

Manakala SV pula menjunjung titah DYAM Tunku Makhota Johor untuk anak muda memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID -19. Salah satu peranan yang dimainkan adalah dengan membantu program vaksinasi di setiap PPV daerah dalam negeri Johor.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...