Jumaat, 18 Jun 2021

[748] MyVAC Daerah Segamat : Hari 26 (Dewan Muafakat, Taman Yayasan)

MyVAC dan Southern Volunteer Daerah Segamat - Hari 26 | 12 Jun 2021, Sabtu | Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Muafakat, Taman Yayasan.

Sukarelawan MyVAC KBS - MOSTI - KPT  dan Southern Volunteer (SV) Daerah Segamat melaksanakan penugasan seperti biasa hari ini di stesyen - stesyen yang ditetapkan berdasarkan penggiliran. 

Beberapa sumbangan hari ini diterima :

1. YB Datuk Zahari Sarip, ADUN Buloh Kasap merangkap Ketua UMNO Bahagian Segamat menyumbang dua unit komputer riba untuk kegunaan PPV yang telah diterima oleh Dr. Azizi. YB Datuk juga menyumbang minum petang untuk semua petugas dan sukarelawan.

2. Syarikat SKR Soya menyumbang minum petang untuk semua petugas dan sukarelawan.
Projek MyVAC sebagai teras sokongan pengurusan pemberian vaksin kini berjalan seluruh negara menyaksikan ribuan sukarelawan belia dimobilisasikan untuk tujuan itu. Ia adalah di bawah Program Immunisasi COVID - 19 Kebangsaan (PICK).















































































Manakala SV pula menjunjung titah DYAM Tunku Makhota Johor untuk anak muda memainkan peranan yang lebih besar dalam membendung penularan wabak COVID -19. Salah satu peranan yang dimainkan adalah dengan membantu program vaksinasi di setiap PPV daerah dalam negeri Johor.

#MyVAC #LindungDiriLindungSemua #KitaJagaKita #KitaBelumMenang #PICK #SouthernVolunteerSegamat #SouthernVolunteer #SV

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...