Jumaat, 11 Jun 2021

[747] Kursus Pengurusan Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Siri 1 dan 2 Peringkat Negeri Johor 2021

Selasa dan Rabu, 8 dan 9 Jun 2021 : Ketua Mentor Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) #TeamG2 telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Pengurusan Pemimpin ARPRM Siri 1 Peringkat Negeri Johor hari ini.

Encik Armizam Abd Rahim yang juga selaku Panel Penilai ARPRM Emas Kebangsaan telah berganding bersama Cikgu Aris Mohd Dol, seorang pakar dalam bidang ARPRM.

Siri 1 telah diadakan pada 8 Jun 2021. Ia disertai oleh seramai 75 orang peserta dari kalangan guru sekolah dan beberapa NGO. Turut bersama pada slot petang adalah Cik Suria Sipon dari #TeamG2 yang berkongsi pengalaman bersama semua dalam pelaksanaan ARPRM. Beliau adalah Emas 2016 yang juga banyak mencipta kejayaan.





























Siri 2 pula diadakan pada 9 Jun 2021 untuk kumpulan berlainan. Kali ini ia disertai oleh seramai 90 orang peserta dari kalangan aktivis dan guru dari Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Johor. Turut bersama mengikuti kursus juga menyampaikan amanat adalah Tuan Bardin Uteh, Pesuruhjaya Pengakap Negeri Johor.

Majlis Penutup secara virtual untuk kedua - dua siri telah disempurnakan oleh Encik Khairul Dam, Timbalan Pengarah (Rakan Muda), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Turut bersama adalah Puan Nurashiqin, Penolong Pengarah (Rakan Muda), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Antara modul yang disampaikan adalah Falsafah dan Konsep ARPRM, Perekodan, Penilaian, Pentauliahan dan Perbincangan ARPRM.

#ARPRM #DofE #DoE

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...