Khamis, 30 September 2021

[888] Indeks Belia Malaysia 2021 : Hari 2 (Sesi Pagi) - Taman Damai Jaya 2, Chaah

Indeks Belia Malaysia 2021 - Hari 2 (Sesi Pagi)

TAMAN DAMAI JAYA 2, CHAAH, 30 September - Hari ini, seorang anak muda tempatan bernama Rubaanesh a/l Mahindran, 18 tahun, pelajar Asasi Sains telah membantu pasukan enemurator dalam mengenalpasti kumpulan sasar yang ditetapkan di dalam blok perhitungan Taman Damai Jaya 2, Chaah.

Enemurator Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM 21) lantikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) hari ini meneruskan kerja lapangan di blok perhitungan tersebut.

Seramai 4 orang responden terdiri daripada 2 Cina dan 2 India hari ini disempurnakan oleh Khairul Izuan Abd Aziz.








































Secara purata, setiap responden mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan 180 soalan meliputi 41 indikator dan 6 domain.

Ini kali pertama enemurator IYRES menggunapakai aplikasi telefon bimbit dikenali sebagai IYRES Mobile menggantikan kaedah manual borang kajian.

Kerja lapangan ini akan bersambung esok di blok perhitungan yang sama sebelah pagi dan lokasi lain pula sebelah petang.

#IYRES #IPPBM #IBM21 #ResearchMatters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...