Khamis, 30 September 2021

[890] Webinar ARPRM Siri 7 : Perkasa MAGAA

Webinar ARPRM Siri 7 : Perkasa MAGAA

ZOOM MEETING, 30 September - Bahagian Pembangunan Rakan Muda (BPRM), Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan kerjasama Pertubuhan Belia Emas Perdana (Malaysia Gold Award Association - MAGAA) malam ini selama sejam telah mengadakan Webinar ARPRM Siri 7.

Webinar ini membawa tajuk Perkasa MAGAA, membincangkan mengenai MAGAA dan bagaimana Pertubuhan ini selaku organisasi yang mengumpulkan semua penerima ARPRM Tahap Emas di Malaysia dapat diperkasakan lagi.

Ia dimodetorkan oleh Ng Shi Hui, salah seorang pemegang Emas. Tiga orang panel dari MAGAA adalah Hazrul Hazizi Abdul Halim (Presiden), Mohamad Shafizal (Exco) dan Mohd Azwan Ramli (Exco). Panel - panel ini merupakan aktivis komuniti cemerlang, dalam dan luar negara, terbentuk dari acuan ARPRM Tahap Emas.


















Seramai 17 orang dari #TeamG2 menyertai webinar kali ini dari kira - kira 160 orang peserta seluruh negara.

Syabas dan tahniah kepada BPRM, MAGAA dan semua yang menyertai webinar kali ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...