Khamis, 30 September 2021

[889] Indeks Belia Malaysia 2021 : Hari 2 (Sesi Petang) - Bandar Putra, Segamat

 Indeks Belia Malaysia 2021 - Hari 2 (Sesi Petang)

BANDAR PUTRA, 30 September - Blok Perhitungan dan lokaliti pada sebelah petang adalah di Bandar Putra, Segamat untuk kategori kawasan bandar.

Enemurator Indeks Belia Malaysia 2021 (IBM 21) lantikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) hari ini meneruskan kerja lapangan di blok perhitungan tersebut.

Seramai 4 orang responden kesemuanya Melayu terdiri dari 3 lelaki dan seorang wanita telah ditemui oleh enemurator Kadem Kahar. Enemurator turut memberi cenderahati pelitup muka selain dari token penghargaan yang akan dimasukan ke dalam telegon bimbit masing - masing.




























Secara purata, setiap responden mengambil masa 30 minit untuk menyempurnakan 180 soalan meliputi 41 indikator dan 6 domain.

Ini kali pertama enemurator IYRES menggunapakai aplikasi telefon bimbit dikenali sebagai IYRES Mobile menggantikan kaedah manual borang kajian.

Kerja lapangan ini akan bersambung esok.

#IYRES #IPPBM #IBM21 #ResearchMatters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...