Isnin, 6 Disember 2021

[944] Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Segamat

HUB BELIA DAERAH SEGAMAT, 5 Disember - Sempena Hari Kesukarelaan Belia Malaysia 2021, #TeamG2 hari ini menyertai Program Rakan Muda Day Out Peringkat Daerah Segamat. Program khidmat masyarakat ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat.


Menurut Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat “Kira - kira 20 orang sukarelawan belia telah melaksanakan pelbagai aktiviti khidmat masyarakat bertempat di Hub Belia Daerah Segamat.



“Antara aktiviti tersebut adalah mengecat, membersihkan kawasan, mencuci longkang, menanam pokok nenas dan pelbagai lagi,” tambah beliau lagi.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Rakan Muda Kg Abdullah masing - masing menghantar 5 orang sukarelawan manakala 10 yang lain adalah dari Majlis Belia Daerah Segamat.























































Rakan Muda Day Out adalah inisiatif Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dalam menyemarakkan lagi semangat kesukarelaan di kalangan anak muda.
#RakanMuda #DayOut #Service

Diterbitkan oleh : Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Facebook Rasmi : https://www.facebook.com/beliag2pemanis
Blog Rasmi : http://beliag2pemanis.blogspot.com/
Twitter Rasmi : https://twitter.com/beliag2pemanis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...