PENUGASAN JURI PERTANDINGAN UNTUK PERKHEMAHAN PEMASA 2024
FELDA PEMANIS 1, 3 Disember - Beberapa orang sukarelawan #TeamG2 telah berkhidmat sebagai Juri Pertandingan bagi beberapa acara yang diadakan menerusi Perkhemahan Badan Beruniform SK LKTP Pemanis 1. Perkhemahan telah diadakan pada 3 dan 4 Disember 2024 bertempat di sekolah tersebut.
Mereka telah menjadi juri untuk Pertandingan Kawad Kaki, Pertandingan Masakan Rimba dan Malam Kebudayaan. Semua acara itu diadakan pada 3 Disember 2024.
Terima kasih Tuan Guru Besar, barisan pentadbir dan guru - guru yang sudi menjemput sukarelawan untuk mengadili pertandingan. Tahniah kepada semua adik - adik yang menyertai perkhemahan itu.
#BungaBangsa #TeamG2 #Sukarelawan #Camping
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)