ARPRM : Bengkel Pengurusan Peserta Emas - Kohort 10 Siri 1/2025
FELDA PEMANIS, 24 Disember - Seramai 9 orang peserta ARPRM Tahap Emas dan 5 orang fasilitator telah menjayakan Bengkel Pengurusan Peserta Emas - Kohort 10 Siri 1/2025.
Bengkel Siri 1 ini bertujuan untuk menyemak kemajuan perekodan aktiviti setiap peserta. Untuk itu, mereka dikehendaki membentang laporan catatan mereka seterusnya disemak dan dinilai oleh fasilitator. Beberapa ulasan, penambahbaikkan dan pembetulan yang dicadangkan oleh fasilitator akan diambil tindakan oleh peserta.
Di samping itu, para peserta juga diberikan kefahaman prosedur jelas untuk melaksanakan Projek Penempatan. Mereka mula membentuk kumpulan dan merancang projek apa yang bakal dilaksanakan.
Paling utama, para peserta menentukan garis waktu bagi setiap aktiviti bagi mencapai sasaran untuk sempurna pada tahun 2025.
Terima kasih semua fasilitator yang bertugas dan para peserta Tahap Emas yang telah membentang laporan kemajuan.
#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)