Bengkel Pendaftaran Badan Operasi ARPRM SMK Paduka Tuan
SEGAMAT, 10 Disember - Satu sesi konsultasi menerusi Bengkel Pendaftaran Badan Operasi ARPRM telah diadakan petang tadi untuk SMK Paduka Tuan.
Bengkel bertujuan untuk menyelesaikan kerja - kerja pendaftaran SMK Paduka Tuan bagi menjadikan sekolah berkenaan sebagai sebuah Badan Operasi ARPRM yang sah di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Bengkel dikendalikan oleh Encik Zam dan dibantu peserta - peserta ARPRM dari #TeamG2. Hadir dalam bengkel adalah Cikgu Nurul Aniza Paiman (Penyelaras ARPRM SMK Paduka Tuan), Cikgu Hakim (Penolong Penyelaras) dan dua orang lagi guru ARPRM sekolah berkenaan.
Semoga dengan ini ARPRM di daerah Segamat amnya dan SMK Paduka Tuan khususnya akan lebih menjadi, cemerlang dan berjaya menghasilkan produk kejayaan menerusi anak - anak remaja.
#TeamG2 #BungaBangsa #ARPRM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)