Jumaat, 14 Disember 2012

[60] Futsal Bawah 13 Tahun Sinergi

Memberi ruang kepada adik - adik bawah 13 tahun untuk menyertai Futsal Bawah 13 Tahun Sinergi anjuran Sinergi Network. Telah diadakan pada Selasa, 11 Disember 2012 dan Khamis, 13 Disember 2012 bertempat di Gelanggang Futsal KBS, Felda Pemanis Satu, Segamat.

Dua pasukan mewakili G2, iaitu FCG2 Super Junior A (kapten pasukan Mohd Idham Sallehuddin) dan FCG2 Super Junior B (kapten pasukan Haiqal Iqmal Johan).  Kedua - dua pasukan dibimbing oleh Ketua Jurulatih Mohd Syawal Baharudin dengan bantuan Jurulatih Zul Azli Muji (Pasukan A) dan Mohd Hasni Zaini (Pasukan B).

Kedua - dua pasukan mara ke separuh akhir dengan muncul sebagai juara kumpulan masing - masing. Namun rezeki tidak memihak kepada mereka. FCG2 Super Junior B tewas di ambang penalti 'suddent death' yang sungguh dramatik sekali. :)

Boleh lihat gambar - gambar penuh di sini :

Manakala berikut adalah video - videonya pula.






Terima kasih kepada pihak penganjur, Sinergi Network, yang telah memberikan peluang kepada kami. Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan pengurusan pasukan. Semoga kita akan dapat bersama - sama lagi!

Selasa, 11 Disember 2012

[59] Info - Grafik Belia 1 : Pembangunan Belia Malaysia

# Mulai hari ini, untuk beberapa siri, blog Persatuan Belia G2 Felda Pemanis akan menyiarkan beberapa info - grafik yang dipetik dari penerbitan Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) yang menyentuh mengenai belia.

# Untuk Siri 1 ini, disiarkan info - grafik mengenai Pembangunan Belia. Semoga ianya memberikan manfaat kepada semua.






# Sumber : Pejabat Perdafar Pertubuhan Belia (ROY), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jumaat, 7 Disember 2012

[58] Diari Aktiviti Bulan November 2012

# Sila klik link yang dilampirkan untuk lebih maklumat dan gambar.


1. 1 November 2012 - G2 memperkenalkan jersi terbarunya. Jersi ini diperkenalkan kepada awam menerusi media online oleh Mohd Idham Jalak dan Mohd Nur Ashraff Husin. Boleh lihat di sini.



2. 2 November 2012 - Adik - adik pengawas SMK Pemanis mengadakan Jamuan Akhir Tahun dan Petukaran Jawatan. 



3. 3 November 2012 - Berpeluang untuk mengikuti Latihan MySkills 1Malaysia : Belajar Adobe Photshop anjuran Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK), Kementerian Sumber Manusia pada Sabtu, 3 November 2012 bertempat di Kolej Komuniti YPJ, Taman Yayasan, Segamat. Telah dihadiri oleh Muhammad Salleh, Mohd Idham Jalak dan Ayap Sein.

4. 4 November 2012 - Mengadakan persembahan kuda kepang jam 8.30 malam ini meraikan Majlis Walimatulurus anak kepada  Encik Meon, 116, Blok 5, Jalan Satria, Felda Pemanis Dua.




6. 9 November - Anugerah Kecemerlangan SMK Pemanis. Syabas dan Tahniah kepada adik - adik yang merangkul anugerah!

7. 10 November - Perlawanan persahabatan bola tampar antara Felda Pemanis dan Buloh Kasap. Mengisi ruang hujung minggu ini. Perlawanan berlansung sebanyak 4 set di Gelanggang Bola Tampar Felda Pemanis Dua. # Keputusan Pemanis vs Buloh Kasap : 18 - 25, 25 - 19, 25 - 20 dan 28 - 25. Menang 3 set, dengan sokongan juga dari yang lain.


8. 11 November 2012 - Menyertai Futsal Remaja Johor di Segamat. Kalah di suku akhir. # Keputusan penuh : Peringkat Kumpulan - FCG2 vs Putra FC (1 - 2), FCG2 vs BJFC ( 0 - 2), FCG2 vs Star Junior (2 - 0). Suku Akhir - FCG2 vs Legend (Buloh Kasap) 1 - 3.

9. 17 November - Program Bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) Zon Selatan, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah turun ke Segamat. Pegawai - pegawai ROY telah memberikan penerangan, info - info terbaru dan beberapa situasi terkini mengenai status dan pergerakan persatuan belia. Program telah diadakan di Majlis Daerah Segamat dan dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor, Encik Radin Ismail.



10. 18 November - Dua pasukan futsal FCG2 menyertai  Futsal Sinergi Cup Bawah 16 Tahun bermula jam 8 pagi di Futsal Triangle, Taman Yayasan.

11. 18 - 21 November - Pasukan Inovasi Sains menyertai Ekspo Inovasi Teknologi Desa (Tech Rural) Kebangsaan 2012 yang berlansung di Universiti Tun Hussein Onn, Parit Raja, Batu Pahat. Hari terakhir yang juga merupakan Hari Penyampaian Anugerah. # Syukur Alhamdulillah, kedua - dua projek penyelidikan telah berjaya menggondol emas. Syabas dan tahniah kepada semua yang bersama dalam team inovasi sains ini.









13. 23 - 24 November - Mengadakan Kejohanan Badminton Tertutup Bawah 14 dan 16 Felda Pemanis. Mengisi masa senggang cuti sekolah. Adik - adik G2 ini menganjurkan dan menguruskan sendiri pertandingan badminton di kalangan mereka. 13 bergu mengesahkan penyertaan. Mereka mengatur program, mengadakan mesyuarat dan taklimat dan perjalanan pertandingan. Dan, yang amat membanggakan, dengan sokongan Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru, mereka menjadi pelopor ulung dan pertama yang menggunakan Sistem Pendaftaran Penyertaan Program Secara Online, tanpa menggunakan atau mengedarkan borang kertas penyertaan. Ia terbukti sistem dan kaedah yang boleh diterima dan berjaya!



14. 24 November - Mesyuarat Exco membincangkan mengenai Program Jom Centre Rakan Muda Segamat 2012 dan Persiapan Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke - 4. Jom Centre Rakan Muda dilaksanakan di Dataran Segamat pada 30 No - 2 Dis 2012. 

# Lain - lain program yang diteruskan adalah seperti biasa :-
  • Latihan Badminton
  • Latihan Futsal
  • Latihan Bola Sepak
  • Latihan Bola Tampar

# Semoga bulan Disember, bulan terakhir tahun 2012 lebih menyinar, sebelum tirai 2012 ditutup. :)


Ahad, 2 Disember 2012

[57] Ekspressi Seni Mewarna Rakan Muda Segamat

Berikut adalah ekspressi seni mewarna (menggunakan pensel warna) oleh 24 orang peserta Pertandingan Mewarna Rakan Muda yang diadakan sempena Karnival Jom Centre dan Rakan Muda Daerah Segamat 2012. Ia telah diadakan pada Ahad, 2 Disember 2012 bertempat di Astaka, Dataran Segamat.

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diamanahkan untuk menganjur dan menguruskan segmen ini. Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat yang telah memberi kepercayaan ini.

# Nombor dalam turutan TIDAK bermaksud kedudukan setelah penilaian. Ia hanyalah sebagai rujukan pengurusan dan juri.

Mula - mula, mari kita tonton videonya. Tak lama, enam minit lebih sahaja :)
















Gambar - gambar program boleh dilihat di sini :  Ekspressi Seni Mewarna Rakan Muda Segamat






Ahad, 25 November 2012

[56] Melahirkan Jagoan Badminton


Cuti sekolah ini, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis muncul dengan program Kejohanan Badminton Tertutup U14 dan U16 Anak Pemanis menerusi Kelab Badminton BCG2. Pertandingan badminton untuk bergu lelaki ini memfokuskan kepada pembangunan bakat - bakat baru pemain badminton pada umur bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. Sebanyak 13 bergu telah mendaftar dan mengambil bahagian, iaitu 7 bergu untuk bawah 14 tahun dan 6 bergu untuk bawah 16 tahun.





Dua perkara yang membanggakan dengan program ini :-
  • Dengan sokongan pembangunan sistem oleh Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru, program ini menjadi program pelopor dan perintis kepada Sistem Pendaftaran Peserta Program Secara Online, yang dilakukan menerusi laman blog Persatuan. Semua 13 bergu mendaftar secara dalam talian, tanpa menggunakan sebarang borang kertas manual.
Sistem ini boleh dicapai di sini.


  • Program ini diurus oleh adik - adik di dalam Kelab Badminton BCG2, iaitu Alif Ramli, Ashraf Husin dan Muhammad Shafiq Wahid. Mereka ini baru sahaja berumur 16 tahun. Mereka mengeluarkan idea, merancang, mengurus dan mengendali program dengan bantuan dan sokongan dari Exco - exco Persatuan.
Program telah berjalan dengan jayanya. Boleh lihat gambar - gambar sepanjang dua hari tersebut di sini :
Sedikit dari gambar - gambar yang ada (selainnya, klik pautan di atas) 





Keputusan perlawanan adalah seperti berikut :


Boleh tonton dua episod videonya di sini :




Tahniah kepada semua yang telah menjayakan program. Harap pada masa - masa akan datang kita akan dapat melaksanakan program ini lagi!


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...