Syukur Alhamdullillah.
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diberikan penarafan kategori Emas di dalam permohonan bantuan tajaan programnya oleh Perbadanan Islam Johor (www.pij.goo.my), sebuah agensi / syarikat milik Kerajaan Negeri Johor (State GLC). Majlis penyampaian Dana Tajaan NGO Belia Islam telah diadakan secara santai pada Ahad, 14 Disember 2014 di Medan Selera Nasi Lemak Simple, Jalan Abdullah Tahir, Johor Bahru. Ia disempurnakan oleh YB Dato' Zulkurnain Haji Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Warisan dan Kebudayaan Kerajaan Negeri Johor. Turut hadir adalah Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pengurus Pembangunan Kanan, Perbadanan Islam Johor.
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis diberikan penarafan kategori Emas untuk permohonan programnya iaitu Summer Camp 8. Kategori Emas dianugerahkan dana RM 10,000, Perak (RM 7,000) manakala Gangsa (RM 5,000). Bersama - sama G2, ada beberapa lagi persatuan yang menerima anugerah dana yang sama. Majlis yang sama juga mengurniakan geran pemberian terus kepada usahawan - usahawan belia.
Berikut adalah gambar - gambar ketika suasana santai sembang, makan - makan dan penyampaian Dana Tajaan NGO Belia Islam PIJ itu berlangsung. Dari G2, Encik Hanafie Hasim selaku Pengerusi telah menerima cek yang disampaikan oleh YB Exco diiringi oleh Encik Hazizi Jemiran, salah seorang Exco G2. Rombongan G2 ke majlis tersebut juga disertai oleh Encik Mizam, Encik Azizi dan Encik Nabil Akmal.
G2 sempat beramah mesra dengan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor sambil mengemaskini maklumat - maklumat program pembangunan belia setempat. G2 juga beramah mesra dengan rakan - rakan belia dari seluruh Johor.
Ini pula adalah video yang sempat dirakam. Video ini memaparkan kesemua penerima Dana Tajaan NGO Belia Islam oleh PIJ ini. Sedikit panjang, lebih 9 minit.
Imbas kembali. G2 mengemukakan permohonan kepada Perbadanan Islam Johor apabila pengumumannya dibuat meerusi laman web dan Facebook PIJ. G2 mengemukakan cadangan untuk mengadakan Summer Camp 8, sebuah program perkhemahan dan eksplorasi tahunan Persatuan. Alhamdulillah, permohonan ini telah diluluskan sepenuhnya sebanyak RM 10,000 oleh Panel Penilai PIJ menerusi surat yang dilampirkan dan pemberitahuan menerusi telefon. Dokumen Permohonan Bantuan ini adalah setebal 76 muka surat, meliputi dua bahagian. Antara yang diisi adalah kertas kerja, dokumen - dokumen sokongan dan dokumen - dokumen teknikal Persatuan.
|
Dokumen Permohonan |
|
Surat Kelulusan |
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Perbadanan Islam Johor, YAB Menteri Besar (selaku Pengerusi Lembaga Pengarah PIJ), Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat (khususnya Unit Belia) dan semua yang membantu sehingga G2 berjaya memperolehi penarafan Kategori Emas untuk programnya.
Summer Camp telah dilaksanakan sebanyak 7 siri, dengan siri pertama bermula tahun 2007. Menunggu selama 8 tahun dengan pelbagai penambahbaikan dan telah melibatkan hampir ribuan orang sejak 7 siri itu, meliputi peserta, urusetia, fasilitator dan jurulatih.
Maka, 14 Disember 2014 akan dikenang apabila Summer Camp G2 diiktiraf sebagai program bertaraf Emas oleh G2. Bravo G2. Alhamdulillah!