Selasa, 25 April 2017

[229] Kem Motivasi UPSR SK LKTP Pemanis 1

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah diundang untuk bersama menjayakan satu slot di dalam Kem Motivasi UPSR SK LKTP Pemanis Satu. Slot tersebut telah dijayakan pada Khamis, 02.00 - 04.30 petang bertempat di Bilik ICT sekolah tersebut.

Seramai 23 orang pelajar yang bakal menghadapi UPSR 2017 mengikuti kem selama 2 hari 1 malam itu. 

Peserta - peserta ARPRM Tahap Emas yang baharu sahaja menyelesaikan aktiviti dan laporan telah berganding bahu membantu menjayakan slot berkenaan.






Di samping itu, team Pusat Internet 1Malaysia Daerah Segamat juga telah bersama di dalam slot untuk memberikan serba sedikit penerangan, panduan dan bimbingan kepada adik - adik pelajar menerusi penerangan Klik Dengan Bijak dan E - Waste.

Di akhir sesi, beberapa soalan diajukan dan para pelajar yang menjawab dengan betul menerima pelbagai hadiah yang istimewa dari Pusat Internet.





Terima kasih kepada SK LKTP Pemanis 1 dan semoga berjaya dalam UPSR adik - adik!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...